Sinopsis drama Musim Kirana

Musim Kirana mengisahkan Zara lakonan Zrynn Min berdepan konflik cinta dan status anak luar nikah. Zara berasal dari Cameron Highlands berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah hotel.

Di situ, dia berkenalan dengan Johan (Zain Hamid) yang tertarik melamar Zara sebagai pasangan hidup. Namun konflik tercetus apabila ibu bapa Johan (Wan Nor Azlin dan Shaharuddin Thamby) yang mengusahakan kedai emas tidak menerima kehadiran Zara selepas mengetahui status gadis pilihan anaknya itu.

Dramatik drama ini bermula apabila perhubungan cinta antara Zara dengan Johan terhalang. Situasi bertambah rumit selepas Johan terbabit dalam kemalangan dan mengalami amnesia.

Kesempatan itu digunakan ibu Johan untuk menjodohkan anaknya itu dengan Doktor Laila (Emelda Rosmila) dan menipu Zara mengatakan Johan sudah meninggal dunia.

Lagu tema Musim Kirana:
Drama Musim Kirana menggunakan dua lagu tema, Buat Seorang Kekasih nyanyian Zamani dan Imran Ajmain menerusi Jika Engkau Pergi.

Pelakon Musim Kirana

Zrynn Min

Zain Hamid

Wan Nor Azlin

Shaharuddin Thamby

Emelda Rosnaida

Shah Hassan

Buzen

Ridzuan Hashim

Zila Bakarin

Anne Abdullah

Hana Sofia

Bkay Nair

Keena Mentor


Info drama bersiri Musim Kirana

JUDUL:Musim Kirana (13 episod)
TERBITAN: Juanridx Pictures Sdn Bhd
PRODUSER: Juan Hamshi Datuk Mohamad Fatmi bersama Wan Cromok
PENGARAH: Wan Cromok

1 ulasan:

  1. citer yg best ...suke tgok zarynn blakon...

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top