Radio24 Jadi Saluran Untuk Beri Pandangan, Kritikan Secara Terbuka

Bernama Radio24 kini menjadi platform utama kepada pendengar untuk menyampaikan segala pandangan dan kritikan mengenai isu rakyat secara telus lagi terbuka, kata penasihatnya, Datuk Syed Jamil Syed Jaafar.

Katanya ini adalah berdasarkan kepada penerimaan positif masyarakat setempat terhadap konsep radio berita yang dipelopori Bernama Radio24 sejak ia ditubuhkan empat tahun lalu.

Menurutnya, terdapat permintaan yang mahukan lebih banyak program berunsur informatif dan interaktif seperti program Kerusi Panas, Ala Carte Pagi dan Apa Kata Anda yang ada sekarang diwujudkan untuk memenuhi citarasa pendengar yang semakin bijak memilih.

"Sepanjang empat tahun kita bersiaran, Bernama Radio24 telah menampilkan pelbagai isu yang menyentuh hal-ehwal rakyat dan kita sediakan ruang kepada pendengar untuk mengutarakan pandangan mereka sama ada yang menyokong, membantah atau berkecuali.

"Keterbukaan yang ditunjukkan itu merupakan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana stesen radio di negara ini dan kami (Bernama Radio24) berbangga menjadi wadah kepada pendengar-pendengar kita," katanya ketika ditemu ramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, semalam.

-- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top