Penyanyi yang juga pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, dilantik sebagai duta kasut dan pakaian butik Spyke yang beroperasi di Novena Mall, Singapura, gara-gara imejnya yang suka memakai kasut berlainan pada kedua-dua belah kakinya.

Menurut Iesya, dia dilantik oleh butik tersebut yang sememangnya menjual kasut berbeza bagi kedua-dua belah kaki sejak tiga bulan lalu.

Iesya

“Saya dimaklumkan, trend memakai kasut berlainan pada kedua-dua belah kaki begitu mendapat sambutan di Singapura. Saya tak sangka dengan imej yang saya bawa itu, ia menyebabkan saya dilantik menjadi duta butik tersebut. Saya amat bersyukur,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Iesya memilih untuk melakukan imej berkenaan ketika membuat persembahan nyanyian dan ke majlis-majlis tertentu.

Trend kasut berlainan sebelah mendapat sambutan daripada peminat Iesya di Singapura.
“Imej yang saya lakukan itu adalah sebagai suatu stail dan identiti saya agar ia berbeza dengan orang lain memandangkan ramai penyanyi yang ada dalam industri seni sekarang. Ia juga sebagai suatu strategi untuk memperkenalkan saya kepada khalayak.

“Pihak Spyke telah menaja banyak kasut dan pakaian kepada saya,” katanya yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Putrivision Empire.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top