Sinopsis Telemovie Berkalung Noda

Berkalung Noda mengisahkan tentang seorang wanita bernama Karina, isteri kepada Azrai dan mempunyai dua orang anak, masing-masing berumur 8 dan 7 tahun.

Rumah teres dua tingkat bertukar menjadi tempat bersekedudukan Karina dan kekasihnya, Jay sepanjang ketiadaan suaminya, Azrai yang bekerja sebagai jurutera eksplorasi petroleum & gas sering bertugas di luar Negara.

Bagi mengaburi mata orang ramai, hiasan dinding rumah itu dihiasi beberapa bingkai gambar romantik, Jay dan Karina, seolah-olah mereka seperti sepasang suami isteri lain yang tinggal di kawasan perumahan itu.

Karina dan Jay juga nampaknya asyik bermesra dan bergembira dalam rumah yang menjadi saksi percintaan terlarang mereka itu.

Ray hanya mahu memperdayakan Karina. Hubungan Ray dan Karina berlanjutan sehingga mereka ditangkap oleh Jabatan Agama Islam di apartment milik Karina.

Suami Karina, Azrai melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Karina nampak panik, tidak mengaku perbuatan sumbangnya itu.

Jay menyangkal dakwaan yang mereka bersekedudukan dan mengaku mereka adalah suami isteri yang sah.Namun, kemunculan Azrai yang menjadi saksi perbuatan sumbangnya itu berjaya membuktikan segalanya.

Karina hanya menitiskan air mata melihat Azrai membuat pengakuan kecurangannya itu kepada pegawai Jais serta bertindak menceraikan isterinya pada waktu itu juga.

Pelakon: Fasha Sandha, Roy Azman, Riz Ainuddin, Elyana, Aripah Damanhuri, Julia Ziegler

1 ulasan:

  1. salam tahniah kepada pemilik cerita ini dan menyajikan kepada semua penonton tv...kisah ini ada sedikit persamaannya dgn jln kehidupan saya serta rumahtangga saya..namun kisah saya lebih pedih lagi untuk dihayati...kerana saya dan anak2 sudah terlalu lama dianiaya serta ditindas oleh ibu kepada anak2 saya beserta dgn ahli keluarganya..dah la saya ni mualaf..ape pun terima kasih sekali lagi kepada pembikin cerita ini kerana telah memberi sedikit inspirasi kpd saya utk mencari jalan penyelesaian yg terbaik kepada masalah rumahtangga saya sekrg..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top