Sinopsis Sesuci Kasih Ummi

Usai akad dilafaz, maka bermulalah episod baru dalam kamus hidup seorang wanita. Syurganya kini adalah atas redha suami. Segunung kasih dan pengorbanan dicurah tanpa berbelah bahagi atas mahligai yang dibina.

Namun, bagaimanakah menghadapi suatu hakikat andai perkahwinan itu dibina atas air mata dan liku-liku sejarah insan sebelumnya?

Inilah yang bakal dikongsi dalam telemovie SESUCI KASIH UMMI.

Telemovie yang diolah daripada cerpen yang memenangi tempat pertama dalam peraduan cerpen DBP 2005 ini mengangkat martabat seorang wanita yang sanggup berkorban segala-galanya; bukan sahaja untuk keluarga kandungnya, tetapi juga demi anak-anak tirinya yang kematian ibu.

Sesuci Kasih Ummi garapan pengarah kreatif HEYKAL HANIFAH dan sentuhan skrip oleh MAIZURA MOHD IDERIS dan ZULI ISMAIL.

Dibintangi oleh Faezah Elai, Ezani Naziraf, Danish Zakwan, Erynne Erynna, dan Shahrul Kamaludin.

SESUCI KASIH UMMI" - tayangan pada 1 NOV, Jumaat jam 10 malam. TELEmovie terbitan Layar Consult Sdn Bhd]

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top