Didie Alias telah membuka butik online , Hitham.

Idea untuk muncul dengan perniagaan butik menerusi dalam talian timbul kira-kira dua minggu lalu selepas melihat potensi pembelian menerusi Internet amat baik.

Kata Didie, dia turut bergabung dengan dua rakan kongsi iaitu pereka fesyen Farel Mikhael dan Rinz Basha dalam usaha menjadikan jenama Hitham sebagai hab fesyen dalam talian terkemuka.

“Dunia fesyen sudah tiada sempadan dan kemajuan teknologi harus digunakan dengan sebaik-baiknya dan itu yang sedang saya lakukan untuk Hitham.


“Pakaian yang dijual di laman web kami adalah terhad dan direka sendiri oleh saya, Farel dan Rinz malah harga pakaian yang kami jual serendah RM60,” katanya.

Tambah Didie, Hitham tidak terhad kepada sesuatu gaya sahaja tetapi akan tampil dengan pelbagai rekaan untuk semua.

“Menariknya semua koleksi kami adalah berasaskan warna hitam kerana ia mudah dipadankan dan sebagai pelengkap gaya,” katanya yang turut melancarkan laman web butik berkenaan iaitu www.hitham4u.com.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top