GILLER BATTLE CREW…sering dijemput mengadakan persembahan sama ada secara solo, berkumpulan atau mengiringi persembahan artis tempatan.
B-BOY atau penari jalanan sangat sinonim dengan budaya geng�starism, terutama di Barat. Persepsi itu timbul selepas sekian banyak filem dari Hollywood menggambarkan remaja yang menyertai kumpulan ini terjebak dengan pelbagai jenayah berkumpulan. Secara tidak langsung ia sudah tertanam di dalam minda.
Lebih daripada itu, ramai beranggapan melakukan aktiviti B-Boy membuang masa, tidak membina minda dan apatah lagi membawa individu itu untuk membina hidup lebih menjamin masa depan.
Persepsi sedemikian bagaimanapun mula terhakis apabila umum didedahkan dengan dunia tarian jalanan menerusi rancangan realiti Showdown 2010 yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian kru jalanan popular tempatan.
Objektif ia diterbitkan juga adalah untuk mengubah persepsi masyarakat agar ia dapat diterima setaraf corak tarian lain seperti 'ballroom dancing' dan tarian tradisional.Ternyata usaha dibuat itu memberikan impak positif, dan ia turut diakui naib juara Showdown 2010, kumpulan Giller Battle Crew (GBC) yang dianggotai Azhaa Mustapha atau Zero selaku ketua kumpulan, Izzat Emir Jalaluddin (IE), Mohammad Rizwan Mohd Yasin (Juicy), Ahmad Syahmi Rosli (V6), Mohd Muhaimin Abd Rahman (Miko), Mohd Sazaly Hasgaly (Heat), Mohd Saiful Zainal (Black), Ahmad Helmi Jamaluddin (Switch) dan Mohd Azhar Aziz (Mon).Kata Zero ketika ditemui di sesi fotografi khas bersama Rap baru-baru ini, walaupun ada yang memandang serong pembabitan anak muda dalam tarian B-Boy tetapi dari sudut kerjaya ia mendatangkan pendapatan lumayan.
"Selepas menyertai Showdown 2010, orang lebih mengenali kami dan ba�nyak juga jemputan diterima untuk menjayakan persembahan sama ada secara solo, berkumpulan mahupun mengiringi persembahan artis tempatan. Orang kata, menari tidak boleh cari makan tetapi setakat ini syukur saya mampu menyara keluarga.
"Saya sudah membeli rumah dan ada kenderaan sendiri. Malah kami boleh memperoleh RM4,000 sebulan," katanya yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata comel, Mohd Rifdanish, setahun.
Menyentuh mengenai pembabitan remaja yang aktif dalam tarian B-Boy dengan gengstarism, kata Zero perkara itu tidak benar sama sekali. Sebaliknya ia adalah satu aktiviti yang bagus dan mampu mengelak mereka terbabit melakukan aktiviti tidak sihat.
"Jangan terpedaya dengan apa yang digambarkan dalam filem kerana ia ternyata berbeza dengan mereka yang aktif dengan aktiviti B-Boy di sini. Sebenarnya tarian jalanan mampu mencegah daripada kegiatan gengstarism. Memang kebanyakan daripada kami mempunyai kumpulan sendiri, tetapi tidak bermakna ia menjadi lesen untuk kami cari pasal atau bergaduh sesama sendiri.
"Kami menonjolkan kelebihan dan kemahiran menerusi tarian. Berlawan juga dengan tarian. Jadi tidak ada unsur pergaduhan fizikal dalam tarian jalanan. Kalau ada kumpulan yang kalah dan tidak puas hati kita boleh berlawan kembali menerusi tarian.
"Untuk memenangi setiap pertarungan mereka harus memantapkan skil tarian yang dipelopori. Dengan cara ini ia mendidik setiap penggiat penari jalanan untuk menjadi yang terbaik dan kreatif," katanya lagi.
Sementara itu IE berkata, sebagaimana yang ditonton peminat dalam rancangan Showdown 2010, begitulah sebenarnya dunia mereka yang menyertai tarian jalanan.
"Tarian jalanan ini sebenarnya menyatukan semua penggiatnya. Walaupun bertarung di dalam gelanggang tetapi di luar semua kumpulan yang menyertai rancangan itu berkawan baik. Di samping itu kami juga sering berkongsi pengalaman dan pandangan terutama membabitkan skil tarian," katanya.
Kemantapan tarian yang dipelopori kumpulan Giller Battle Crew juga terserlah sewaktu mereka menyertai Karnival dan Konsert Ulang Tahun ke-20 Harian Metro yang diadakan di Dataran Merdeka, baru-baru ini. Mereka juga mempunyai penyokong dan peminat sendiri. Ini boleh dilihat apabila lebih 5,000 orang hadir menyaksikan persembahan yang mereka lakukan.
Menyertai tarian B-Boy juga perlu mempunyai disiplin yang kuat, kerana latihan harus dilakukan dengan lebih kerap. Mengambil contoh jelas IE, kumpulannya akan mengadakan latihan lima kali seminggu.
"Biasanya latihan kami adakan di Majlis Pembandaran Petaling Jaya (MPAJ). Lokasinya sangat sesuai memandangkan kami semua menetap di sekitar Lembah Klang. Selain itu kami juga mempunyai ahli di serata negeri termasuklah di Johor Bahru, Sabah dan Singapura. Seperti yang saya katakan tadi, tarian ini menyatukan kami. Malah apabila ramai anggota menyertai kumpulan ditubuhkan bermakna lebih banyak skil tarian boleh dikongsi," katanya.
Bercerita mengenai Showdown 2011 yang mula bersiaran 6 April lalu setiap Rabu, Jam 9.30 malam, di 8TV, jelas IE, dia bangga apabila melihat lebih banyak kumpulan penari jalanan mencuba nasib, dan ada di antara mereka benar-benar berbakat.
"Kami bangga kerana menjadi antara kumpulan pelopor me�nyertai rancangan yang diterbitkan 8TV itu, secara tidak langsung ia membuka ruang kepada mereka untuk mengembangkan bakat yang ada. Sekurang-kurangnya mereka kini sudah mempunyai tempat untuk memperlihatkan bakat. Siapa tahu dengan penampilan kumpulan yang bertanding akan membolehkan mereka melang�kah lebih jauh seperti apa yang diperoleh kumpulan Giller Battle Crew," katanya.
Kumpulan yang ditubuhkan lebih tujuh tahun lalu juga mengharapkan mereka yang bertanding dalam Showdown 2011 agar menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk menonjolkan bakat, dan menampilkan skil terbaik sekali gus mengubah persepsi buruk ma�syarakat sebelum ini terhadap mereka yang mempelopori tarian terbabit selama ini.
PROFIL
Nama Penuh: Mohd Sazaly Hasgaly
Panggilan: Heat
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Umur: 18 tahun
Tarikh Lahir: 30 September 1993
Kerjaya: Menari sepenuh masa
Nama Penuh: Ahmad Syahmi Rosli
Panggilan: V6
Asal: Muar, Johor
Umur: 23 tahun
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1988
Kerjaya: Berniaga sendiri dan penari sepenuh masa
Nama Penuh: Mohammad Rizwan Mohd Yasin
Panggilan: Juicy
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Umur: 21 tahun
Tarikh Lahir: 26 Jun 1990
Kerjaya: Penari sepenuh masa
Nama Penuh: Mohd Muhaimin Abd Rahman
Panggilan: Miko
Asal: Raub, Pahang
Umur: 26 tahun
Tarikh Lahir: 2 Jun 1985
Kerjaya: Berniaga sendiri
Nama Penuh: Izzat Emir Jalaluddin
Panggilan: IE
Asal: Klang, Selangor
Umur: 22 tahun
Tarikh Lahir: 4 Jun 1989
Kerjaya: Penari sepenuh masa
Nama Penuh: Ahmad Helmi Jamaluddin
Panggilan: Switch
Asal: Setapak, Kuala Lumpur
Umur: 25 Tahun
Tarikh Lahir: 24 Mac 1986
Kerjaya: Model dan penari sepenuh masa
Nama Penuh: Mohd Saiful Zainal
Panggilan: Black
Asal: Klang, Selangor
Umur: 30 tahun
Tarikh Lahir: 20 Julai 1981
Kerjaya: Penjual tiket di GSC
Nama Penuh: Azhaa Mustapha
Panggilan: Zero
Asal: Cheras, Kuala Lumpur
Umur: 27 tahun
Tarikh Lahir: 19 Oktober 1984
Status: Berkahwin
Kerjaya: Penari sepenuh masa
Nama Penuh: Mohd Azhar Aziz
Panggilan: Mon
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Umur: 26 tahun
Tarikh Lahir: 11 September 1985
Status: Berkahwin
Kerjaya: Penari sepenuh masa
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan