.jpg)
Beberapa hari yang lalu, timbul satu khabar angin mengejutkan yang mengatakan bahawa bintang Kung Fu terkenal dunia, Jackie Chan telah pun meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
Tidak tahulah Murai Batu bagaimana khabar angin tersebut boleh tercetus. Namun dek kerana itu, berita kematian Jackie Chan telah menjadi perbincangan yang cukup hangat di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Malah, berita kematiannya itu juga sempat ditulis di dalam biografinya di wikipedia. Namun, beberapa jam selepas itu ianya dihapuskan setelah diketahui ianya didapati palsu.
Setelah berita palsu tersebut beredar, akhirnya barulah Jackie Chan mahu bersuara. Katanya, dia kini berada di dalam keadaan yang baik-baik saja. Dia juga kini, sibuk menyiapkan filem terbarunya.
Jackie Chan juga sempat menghadiri beberapa acara amal melibatkan mangsa korban Tsunami Jepun.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan