Kena sorok dalam ambulans
ISU pengetua Akademi Fantasia musim baru ni bukan satu isu yang baru. Malah sejak beberapa bulan yang lalu memang menjadi satu isu yang panas apabila pertikaian mengenai siapa bakal pengetua AF.
Syed pasti semuanya sudah terjawab apabila Amy Search sah sebagai pengetua. Memang ramai yang memberikan respons yang baik dengan pemilihan itu.
Tak kurang juga segelintir pihak yang cukup panas hati apabila Ahmad Dhani tak jadi duduk di kerusi tersebut. Ha, puak yang mana Syed tak nak cakap sebab itu hal mereka.
Cuma apa yang menarik untuk Syed kongsikan bersama peminat rocker ini semasa konsert tirai AF yang lalu. Banyak cerita menarik yang Syed dengar termasuklah Amy diletakkan di dalam ambulans.
Biar betul duduk dalam ambulans. Semuanya gara-gara nak memberi kejutan kepada peminat yang masih berteka teki ketika itu.
Syed pasti ini memang pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh Amy. Bukan senang nak masuk ambulans kecuali sakit sahaja. Hahaha…
Tapi dengar cerita ramai yang kata peserta kali ini tak berapa bagus. Malah, ramai juga yang lancang mulut kutuk habis-habisan barisan peserta kali ini.
Hmmm… Sabarlah! Masih terlalu awal nak tahu tahap kehebatan satu persatu peserta. Baru konsert tiraikan. Syed pasti Amy mampu memberikan yang terbaik. Kalau pengetuanya hebat, budak lembab pun boleh jadi gempak. Cayalah abang Amy.
Syed: Alfatihah buat Seri Bayu.
0 ulasan:
Catat Ulasan