Published: Sabtu April 16, 2011 MYT 12:53:00 PM
Updated: Sabtu April 16, 2011 MYT 1:03:48 PM

Kumpulan WAI.

KUALA LUMPUR: Kumpulan WAI, XN3 dan R2 terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu ketiga program tersebut, Jumaat.

Kumpulan WAI yang dianggotai oleh (Safuan Madeaming, Mohd Ilham Rusdy dan Khairul Idla) dan kumpulan XN3 ( Mohd Fadhil Mohd Nasir dan Norazhar Buyong) yang mendapat undian terendah pada persembahan minggulalu telah diumukan pada awal siaran sebelum pertandingan bermula.

Manakala kumpulan R2 yang dianggotai oleh pasangan adik beradik Ridhzuan Mat Ali dan Rahim Mat Ali diumumkan selepas mendapat undian terendah pada malam tersebut.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, penyingkiran tersebut dibuat berdasarkan markah undian iaitu 50 peratus dari pihak juri dan 50 peratus dari undian penonton.

“WAI dan XN3 merupakan kumpulan yang mendapat undian terendah pada minggu sebelumnya dan R2 pada minggu ini.

Kumpulan R2.

“Bagaimanapun untuk Maharaja Lawak, kami memberi imuniti kepada juri untuk menyelamatkan seorang peserta dari tersingkir.

“Namun begitu kelebihan itu hanya sekali sahaja dan pada malam ini juri tidak lagi mengunakan imuniti tersebut,” ujarnya.

Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Dalam pada itu, mengulas tentang penonton yang terlalu ramai datang menyaksikan program tersebut bersiaran langsung, Nizam berkata akan mencari lokasi yang besar untuk pertandingan akhir nanti.

Kumpulan XN3.

“Kami sedar ramai yang ingin menyaksikan pertandingan ini secara langsung dan kami sedang mencari lokasi sesuai untuk pertandingan akhir yang mana boleh memuatkan lebih 10 ribu penonton,” katanya.

Dua peserta yang mendapat markah terendah adalah, Jihan dan Amir manakala tiga tempat teratas ialah Nabil, kumpulan Jozan, kumpulan Sepah.

Sementara itu, antara peserta lain yang masih meneruskan persaingan ialah kumpulan Balas, , kumpulan Jambu, Alex dan kumpulan XN3.

Juara Maharaja Lawak bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000 sementara naib juara, RM200,000 manakala tempat ketiga RM100,000.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top