Keputusan Datuk Misbun Sidek untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menguatkan pasukan negara terutama dalam misi memburu pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik 2012.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau bersyukur Misbun kembali ke arena badminton negara hari ini untuk mengakhiri kemelut yang sudah berlarutan ini.

Ini menunjukkan Misbun memilih kepentingan negara berbanding hal peribadinya, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-15 Institut Sukan Negara (ISN) beroperasi di Bukit Jalil semenjak 1 April 1996. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top