Presiden PCM Sarawak, Gabriel Adit Demong berkata, parti itu sedang memuktamadkan senarai calonnya yang dikenali ramai dan diyakini dapat memenangi beberapa kerusi.
Selain DUN Ngemah yang disandang Adit, PCM juga berminat bertanding di DUN Bukit Begunan, Balai Ringin, Sri Aman, Engkilili, Tamin, Kakus, Machan, Katibas, Balleh, Meluan, Belaga, Bekenu, Marudi dan Batu Danau. Pada 2006, Adit menang di Ngemah sebagai calon Bebas sebelum menyertai PKR pada November 2008 dan pada Disember 2009, menyertai PCM.
Adit turut gembira kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya meluluskan penggunaan lambang PCM untuk calon parti itu pada pilihan raya negeri.
0 ulasan:
Catat Ulasan