Bermula esok (21 April), filem terbaru daripada Grand Brilliance dan Primeworks Studios, Penunggu Istana akan menemui penonton di pawagam seluruh negara. Filem ini bukanlah sebarangan filem kerana ia adalah sebuah filem realiti seram bergenre paranormal yang pertama di Malaysia.

 

Ini bermakna cerita yang terkandung di dalam filem ini bukanlah sebuah cerita kosong, sebaliknya adalah sebuah pendedahan secara realiti terhadap aktiviti paranormal di sebuah rumah yang telah ditinggalkan lebih 100 tahun di Perak dan dikenali sebagai 'Istana Billah'.

 

Menurut Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios serta selaku Penerbit Eksekutif filem ini, Tengku Iesta Tengku Alaudin, filem tidak cuba meniru mana-mana filem yang pernah diterbitkan sebelum ini. Jelasnya, filem ini adalah sebuah dokumentari yang mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan oleh lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai berpuaka.

DSC 3834 605770869

" Siasatan mereka telah dibantu oleh Kumpulan Seekers, yang sememangnya sinonim dengan kegiatan aktiviti paranormal di Malaysia. Niat kami adalah untuk mendedahkan penemuan mereka ini kepada umum melalui filem. Ini adalah satu bentuk pembaharuan yang cuba kami serapkan dalam era filem bergenre seram. Kami yakin ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti filem seram di Malaysia. Jadi kami menafikan jika ada pihak yang mengatakan kami cuba meniru filem luar. Sebaliknya apa yang dihasilkan ini adalah rentetan kisah benar yang ingin kami kongsikan pada masyarakat di luar sana," ujar Tengku Iesta.

 

"Rumah tinggal yang digelar 'Istana Billah' ini mempunyai banyak kisah seram melalui bualan mulut penduduk setempat. Produksi drama 'Warkah Terakhir' yang menjalani penggambaran di sana tidak lama dahulu pernah mengalami insiden mengerikan. Ini menunjukkan tempat itu benar-benar mempunyai kisah misterinya dan penonton dapat menyaksikan kesahihannya melalui filem dokumentari ini," tambah Tengku Iestar lagi.

 

'Penunggu Istana' adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di sebuah rumah tinggalan lama, Istana Billah di Perak iaitu Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf. Kajian yang dibantu oleh Kumpulan Seekers ini naratifnya dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperolehi mereka sendiri.

 

Cantuman footage itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka berada di Istana Billah sebagai usaha mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan. Penemuan inilah merupakan satu kejutan untuk tatapan semua peminat filem tempatan.

 

Ingin diingatkan, filem ini bukanlah seperti filem-filem seram yang pernah ditayangkan sebelum ini. Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan anda sehingga membuatkan degupan jantung lebih laju daripada biasa, walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan tersebut.

 

Pastikan anda juga menonton klip eksklusif yang dirakam krew GuaTV di Tonton.

 






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top