Ia keputusan amat berat untuk dilakukan Astro, namun menamatkan AF setakat musim kesembilan berlandaskan alasan yang kukuh. Sebagai penghargaan kepada peminat dan penonton yang selama ini tidak pernah jemu menyokong AF dari mula pada 2003 sehingga kini, Astro mencipta pembaharuan dengan memberi keistimewaan yang mendekatkan jarak penonton dengan pelajar AF9.
Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar ditempatkan di sebuah lokasi rahsia bagi membolehkan mereka menjalani pengajian dengan tenang, kini pembelajaran selama hampir empat bulan dapat disaksikan peminat apabila mereka ditempatkan dalam rumah kaca dua tingkat didirikan di tengah-tengah pusat beli-belah AEON, AU2, Setiawangsa.
Di situ, mereka akan menjalani rutin sebagaimana musim terdahulu seperti menjalani latihan vokal, mengikuti kelas tarian dan berlakon.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, pemilihan lokasi itu dilakukan secara terbuka kerana mahu memberikan peluang kepada peminat menonton pelajar AF9 secara dekat.
“Ini adalah musim ‘finale’ AF dan Astro memperkenalkan pendekatan yang berbeza kerana ingin memberi peluang dan pengalaman baru kepada peminat serta penonton setia AF melihat sendiri tugasan yang dilakukan pelajar.
“Meskipun ditempatkan di pusat beli-belah, pelajar tidak bebas untuk keluar dan masuk kerana mereka hanya dibenarkan meninggalkan rumah itu untuk tujuan solat, ke tandas dan waktu makan saja. Hubu�ngan mereka dengan dunia luar tetap dipisahkan,” katanya.
Azlin menambah, daripada ribuan pusat beli-belah di negara ini, Jusco AEON Setiawangsa terpilih sebagai lokasi kerana tempatnya strategik dan bersesuaian untuk pelajar dan tenaga pengajar menjalankan rutin mereka, tambahan pula pusat beli-belah itu baru dibuka.
“Pun begitu, waktu tidur pelajar akan ditempatkan di suatu lokasi yang berbeza,” katanya.
Menjalani latihan tanpa dipertontonkan pada khalayak ramai saja sudah memberi tekanan, apatah lagi setiap gerak-geri mereka di perhatikan. Akui Azlin, berbanding musim sebelumnya, AF9 dilihat memberi tekanan kepada pelajar.
“Tentu saja akan ada tekanan apabila dalam memberi tumpuan pada pelajaran, masa yang sama juga mereka menjadi perhatian umum. Inilah antara cabaran pelajar untuk lebih fokus selain mendedahkan mereka pada realiti sebenar yang berlaku di luar sana.
“Justeru, mereka akan lebih peka, tidak cepat melatah atau terkejut melihat situasi dipuja peminat sebaik menamatkan pengajian nanti. Perubahan lain, jika sebelum ini konsert AF diadakan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kini siaran langsungnya akan dipancarkan menerusi Studio A, Astro,” katanya.
Daripada ribuan peserta yang menghadiri uji bakat, ha�nya 12 saja yang bertuah menjadi pelajar AF9. Mereka ialah, Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor, Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir/Sarawak), Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri/Selangor), Khairul Na jmuddin Abu Samah, 20, (Erul/Kuala Lumpur), Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay/Kuala Lumpur) dan Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib/Melaka).
Peserta wanita pula, Nur Suhada Jebat, 19, (Aida/Melaka), Nur Atiqah Shariffudin, 22, (Eka/Kuala Lumpur), Zulaika Zahari, 22, (Laika/Selangor), Lenaber Haidir, 21, (Lena/Sabah), Roshammizah Rosli, 28, (Miza/Selangor) dan Que ennera Francine Francis, 19, (Nera/Sabah).
Tiga daripada 12 peserta AF9 yang diumumkan Isnin lalu terdiri daripada bintang realiti TV bukan terbitan Astro. Afif adalah bekas peserta program Mystar LG musim pertama dan Azri menyertai musim kedua.
Seorang lagi pelajar, Erul, pernah menyertai program Mentor sebagai protege Jaclyn Victor tetapi ketika itu Erul tampil secara berkumpulan menerusi Evo.
Tidak hanya menampilkan bintang realiti, AF9 turut memperkenalkan adik kepada bintang AF4, Diddy Hirdy iaitu Kay. Ini juga percubaan kelima Kay bermula musim kelima dan tahun ini nasib menyebelahi Kay apabila diterima sebagai keluarga AF9. Selain itu, Afif mempunyai tali persaudaraan dengan pelakon kacak, Kamal Adli.
Tenaga pengajar AF9 pula dimantapkan lagi dengan kehadiran Adlin Aman Ramlie dan Ning Baizura yang sebelum ini menjadi pengkritik AF. Adlin bertindak sebagai guru seni persembahan dan Ning (guru vokal persembahan).
Sementara tenaga pengajar lain ialah mereka yang berpengalaman dalam program ini iaitu Fatimah Abu Bakar selaku kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris, Aris A Kadir (guru tarian) dan Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal).
Konsert pengenalan Tirai AF akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, esok, jam 9 malam, sekali gus mengumumkan pengetua AF9 yang menjadi tanda tanya dan ditunggu-tunggu selama ini.
ala comel nyer abg azri 2..tp jngn la rock sangat ye ,mesty ramai xse abg azri nnty...cme psn je...suapaya abg azri boleh jd mcm ,SHAHIR TU...SAYE NAK ABANG AZRI MCM ,SHAHIR 2...ABG AZRI,ABG AZRI,ABG AZRI?????ABG AZRI MESTI MENANG?
BalasPadam