Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada hari sabtu yang lepas kira-kira jam 8.30 malam di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf. Difahamkan jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor ini.


Sebelum ini, Seri Bayu dilaporkan sudah pun berada dalam keadaan tenat sejak beberapa hari yang lalu, dan telah dibawa ke hospital setelah keadaannya bertambah kritikal.

Seri Bayu yang menderita penyakit saraf motoneuron disease sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Erema.

Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.

Kini Seri Bayu sudah pun melepaskan segala urusannya di dunia, kami mengucapkan Takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Seri Bayu di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top