Negara Pasifik Niue mempertahankan setem ‘luar biasa’ pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton yang didakwa menarik perhatian seluruh dunia kerana meletakkan garisan memisahkan William daripada bakal isterinya itu.
Setem ini diluluskan Ratu Elizabeth II dan garisan itu menjadi penanda membolehkannya dikoyakkan.
Setem pasangan terbabit dijual pada harga NZ$5.80 (RM13.60) tetapi apabila dipisahkan putera terbabit ia bernilai NZ$3.40 (RM8) manakala Middleton lebih murah, NZ$2.40 (RM5.70).
Perdana Menteri Niue, Toke Talagi mendedahkan beliau menerima banyak maklum balas dari seluruh dunia sejak setem terbabit dikeluarkan bulan lalu dan ramai mengatakan bahawa setem terbabit 'luar biasa'.
"Orang ramai menyifatkan bahawa setem oleh pejabat pos New Zealand itu bermaksud pasangan itu akan berpisah di masa depan. Saya tidak tahu mengapa mereka mentafsirkan begitu. Saya rasa, ia bermaksud mereka amat gembira meraikan perkahwinan diraja." kata Talagi.
Talagi juga percaya, setem itu boleh meningkatkan pelancongan negara itu yang mempunyai keluasan 260 kilometer persegi di selatan Pasifik dan hanya 1,400 penduduk.
Saya sudah membuat jangkaan bahawa pada masa depan ramai orang yang datang ke sini untuk melihat tempat setem itu dikeluarkan," katanya.
Pos New Zealand mendedahkan dalam laman web bahawa 'setem berkenaan merakamkan pasangan diraja dalam keadaan mereka, gembira, tenang dan saling mencintai.'
Pengurus besar unit setem pos, Ivor Masters memberitahu berita TV3 New Zealand, setem itu adalah barangan koleksi dan ia tidak akan dikoyakkan di bahagian tengah untuk diposkan.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan