Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengutuk tindakan tentera laut Israel menghalau kapal milik Malaysia, "MV Finch" yang membawa bantuan untuk rakyat Palestin.

"Serangan terhadap kapal bantuan adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang telah melanggar peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang harus dikutuk dunia," katanya pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Kapal "MV Finch" milik Malaysia yang membawa bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah pada awal pagi ini waktu Malaysia.

Ia membawa paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembentungan yang musnah di Gaza.

Seramai 12 orang terbabit dalam misi bantuan itu termasuk tujuh rakyat Malaysia manakala yang lain adalah warga asing iaitu dua krew warga India dan tiga aktivis kemanusiaan, Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.

Ia adalah kali kedua kapal misi bantuan milik Malaysia dihalang. Tahun lalu, kapal misi bantuan, MV Mavi Marmara yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan turut diserang di perairan Gaza. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top