MAHLIGAI mereka baru berusia dua bulan. Dengan erti lain, mereka masih lagi berada dalam fasa bulan madu. Namun pasangan yang diijabkabulkan pada 26 Februari lalu ini begitu gembira kerana sang isterinya sudah 'berisi'.
Antara percaya dengan tidak, Siti Sarah Raissuddin dan Shahmira Muhammad atau nama pentasnya, Shuib tetap melafazkan syukur kerana Tuhan memberikan rezeki lebih awal kepada mereka.
Melihat Sarah yang terpaksa duduk di kerusi ketika membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur, Rabu lalu, tergambar dia mula dihambat penat.
Ternyata sindrom ibu mengandung sudah mula dialaminya.
Dulu kalau di pentas, Sarah antara artis yang paling ligat.
Penyanyi lagu Kesetiaan itu berkata, mulai sekarang dia akan membuat persiapan yang perlu untuk menyambut bayi sulungnya itu.
"Semua berlaku dengan pantas baik dari segi perkenalan Sarah dengan Shuib, perkahwinan mahupun kehamilan ini.
"Semua sudah ditakdirkan dan Sarah cukup gembira dengan ketentuan ini.
"Sekarang rasa diri Sarah semakin dewasa dan menempuh fasa kehidupan yang sangat berbeza.
"Sekarang Sarah ada tanggungjawab dan komitmen yang besar.
"Tidak hanya tugas, Sarah perlu mengutamakan suami dan anak dalam kandu�ngan ini.
"Alhamdulillah, Shuib seorang suami yang sangat penyayang dan 'caring'.
"Dia sentiasa peka dengan kesihatan dan penjagaan diri Sarah.
"Kini Sarah perlu menjaga rumah tangga dan menjalankan semua tang�gungjawab secara sendirian.
"Walaupun sibuk dengan jadual nya�nyian, Sarah akan tetap luangkan masa untuk memasak di rumah. Ini kerana kalau kami makan di luar, Shuib tidak makan lebih-lebih.
"Katanya, dia lebih sukakan masakan Sarah dan kalau makan nasi mesti tambah sepinggan lagi.
"Jadi Sarah akan cuba sedaya upaya menyediakan masakan untuk Shuib sebelum dia keluar bekerja.
"Memang kami rasa sungguh bahagia," katanya.
Shuib yang berada di sebelah Sarah sesekali me�nyampuk menceritakan detik indah sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama isterinya itu.
"Sarah memberikan sesuatu yang tidak pernah saya rasai sebelum ini.
"Dia satu-satunya wanita yang memikat hati saya untuk terus mendirikan rumah tangga.
"Malah, apabila Sarah disahkan mengandung, saya orang yang paling gembira dan mula sibuk memikirkan perancangan untuk keluarga kami nanti.
"Soal jantina dan nama adalah perkara kedua buat masa ini kerana apa yang lebih penting adalah kesihatan Sarah dan bayi kami itu," katanya.
Sarah yang juga pernah popular menerusi lagu Jangan Kau Mimpi berkata, dia dan Shuib baru terbabit dalam pembikinan filem komedi, Man Sewel Datang KL.
Selain berlakon, mereka turut bersatu menyanyikan lagu tema untuk filem itu berjudul Cinta Itu Nyawa.
"Man Sewel Datang KL adalah sebuah filem komedi yang menggabungkan kami berdua.
"Kelakarnya, Sarah memegang watak Salbiah kekasih kepada Shuib yang melakonkan watak utamanya iaitu Man.
"Sepanjang penggambaran kami memang seronok lebih-lebih lagi plot ceritanya sangat lucu dan gaya lakonan Shuib yang kelakar.
"Namun istimewanya lagi apabila Aidit memberi kepercayaan untuk Shuib menyanyikan lagu Cinta Itu Nyawa bersama Sarah.
"Walaupun dia bukan penyanyi profesional, Sarah gembira kerana Shuib boleh menyanyi.
"Malah Aidit juga cakap Shuib boleh menyampaikannya dengan baik.
"Lagu ini sebenarnya sudah lama Aidit simpan untuk Sarah.
"Namun selepas mengamati lirik ciptaan Ad Samad itu kebetulan sama dengan kisah cinta kami.
"Bayangkan, pernah satu masa iaitu beberapa hari sebelum melangsungkan perkahwinan dulu, hubu�ngan kami pernah berdepan dengan kemelut.
"Sarah sendiri hampir-hampir berpisah dengan Shuib kerana dugaan itu.
"Namun kalau sudah jodoh kami, apa pun terjadi kami tetap akan bersama.
"Bukan setakat teman baik dan sahabat setia, malah Shuib adalah jiwa Sarah yang sukar dijelaskan keistimewaan itu," katanya yang mengakui single Cinta Itu Nyawa akan dipasarkan selewat-lewatnya hujung bulan depan.
Menyentuh perkembangan kerjaya, Sarah juga ada perancangan sendiri.
"Sekarang Sarah baru selesai membintangi Man Sewel Datang KL terbitan Work Move Productions.
"Ia turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim.
"Alhamdulillah, kerjaya seni Sarah semakin baik selepas beberapa lama Sarah senyap. Walaupun sudah berkahwin, Sarah akan terus menyanyi dan berlakon selagi mendapat restu suami," katanya.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan