Sinopsis Salam Dari Seoul
Salam Dari Seoul mengisahkan keadaan rumahtangga Tuan Khalid dan Puan Mariam berdepan masalah. Puan Mariam mengsyaki suaminya telah berkahwin lagi namun suaminya tidak pula mengia atau menidakkan. Situasi itu memberi tekanan kepada Aiman dan mengakibatkannya pengajiannya di sebuah kolej terganggu. Muncul pensyarah baru di kolej, Cik Haliza menasihati Aiman namun tetap tidak diendahkan.
Sementara itu Noo Ri datang ke Malaysia di atas skim pertukaran pelajar antara Malaysia dengan Korea Selatan. Noo Ri belajar di kolej yang sama dengan Aiman tinggal dengan keluarga angkat Melayunya, Razak. Kemunculan Noo Ri berjaya menarik minat seorang pelajar iaitu Fikri yang merancang mahu menjalinkan hubungan cinta dengan gadis itu.
Kehidupan Aiman semakin kucar kacir. Dia terlibat dengan golongan pelajar nakal dan terjebak dengan dadah. Dia akhirnya ditangkap polis namun kemudiannya dibebaskan. Cik Haliza tidak pernah jemu menasihatinya supaya berubah. Kemucaknya bila satu hari teman baik Aiman, Alfi meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan. Aiman berubah menjadi murung.
Aiman mengalami gangguan mental dan dibuang kolej. Mujur Cik Haliza cepat menghantarnya berubat cara perubatan Islam. Ketika itu bertiup kencang gosip mereka bercinta namun tidak diendahkan keduanya.
Satu hari Fikri nekad mengupah orang melanggar Noo Ri yang menolak cintanya. Mujur ada Aiman menyelamatkannya. Sejak itu mereka berkawan baik dan mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Malah mereka pulang ke Korea bersama-sama sewaktu Noo Ri mahu menguruskan penjualan hartanya di sana semata-mata mahu membantu keluarga angkatnya yang kesempitan wang.
Situasi itu membuatkan Fikri bertambah cemburu. Dia bersama-sama dengan Amira, pekerja syarikat Tuan Khalid berkomplot mahu memisahkan keduanya. Apatahlagi dalam diam Amira turut menyukai Aiman. Aiman menyangka Cik Haliza mencintainya dalam diam lalu dia berterus-terang yang dia tidak bersedia membalas cinta Cik Haliza. Cik Haliza terkejut dan malu dengan kenyataan Aiman. Baginya dia hanya membantu Aiman kerana terhutang budi dengan Tuan Khalid yang banyak membantunya sewaktu menuntut di IPT.
Masa berlalu pengajian Noo Ri di Malaysia telah tamat. Namun dia dan Aiman tidak sanggup berpisah antara satu sama lain. Akhirnya Noo Ri berjaya mencari jalan penyelesaian dan mendapatkan pekerjaan di Malaysia sebagai jaminan untuk terus berada di negara ini. Cik Haliza pula akan berkahwin dengan Fahmi, pilihan keluarganya. Hubungan cinta Aiman dan Noo Ri tergugat bila Fikri mengetahui Noo Ri bekerja di syarikat milik keluarganya. Fikri cuba membalas dendam terhadap Noo Ri dengan memberhentikan kerja Noo Ri menyebabkan gadis itu terpaksa di hantar pulang ke Korea.
Akhirnya Aiman bertemu jalan penyelesaian. Dia nekad menyambung pengajiannya di Korea supaya dapat selalu bersama dengan Noo Ri. Mereka kemudiannya berkahwin secara senyap. Noo Ri bekerja keras menanggung Aiman dan pengajiannya. Pelbagai rintangan dan dugaan mereka hadapi dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Tamat pengajian Aiman dikejutkan dengan berita ibunya jatuh sakit. Dia kemudiannya pulang ke Malaysia tanpa ditemani Noo Ri. Sebenarnya Tuan Khalid miliki perancangan sendiri tidak mahu Aiman pulang ke Jeju. Aiman dilimpahi dengan kemewahan hingga terlupa akan isterinya yang sarat mengandung.
Fikri dan Amira terus-terusan cuba menghancurkan hidup Aiman dan Amira. Amira cuba menggoda Aiman. Noo Ri yang telah selamat melahirkan anak lelaki mahu menjejak suaminya di Malaysia. Namun adakah mereka berdua sempat bertemu apabila Fikri dan Amira berjaya menculik Noo Ri? Apakah yang membuatkan Aiman kembali teringat kepada isteri kesayangannya yang ditinggalkan jauh? Ikuti kesudahannya hanya di TVi.
Waktu Siaran Salam Dari Seoul : ISNIN-JUMAAT 9.00 MALAM
Pelakon Salam Dari Seoul: Hairul Azreen, Mahmood Ali Basha, Khaty Azian, Fadhilah Abd Rahman, Azza AF, Farid Wari, Emyliana dan Ezzam Ezairie.

0 ulasan:
Catat Ulasan