pu kepada pasangan baru ini. Maklumlah sama cantik sama padan.
Diva curi-curi pandang juga pasangan itu berbual. Nak lihat wajah berseri orang yang khabarnya dilamun bunga-bunga cinta. Diva lihat sipi-sipi, Yusry tersenyum-senyum memandang terus ke wajah Lisa.
Tak tahulah Diva kalau si Lisa tengah bercerita hal kelakar atau memang Yusry jenis lelaki yang sangat mengagumi kecantikan kaum hawa. Tapi pandangan itu sesuatu sangat. Macam ada bunga-bunga sahaja di keliling Yusry.
Diva doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Jangan jadi macam sesetengah artis yang cuba cover line dan takut untuk mengaku ada kakasih hati kerana takut saham jatuh.
Soal hati memang tak siapa boleh menipu. Apa-apa pun semoga Lisa dan Yusry berbahagia hendaknya.
Diva: Harap-harap terserempak dengan pasangan ‘kasih’ yang menidakkan hubungan mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan