Ia bukan sekadar khabar angin. Watak elit popular kembali dengan musim terbaru yang pastinya lebih skandal dan drama yang lebih menyengat dalam Gossip Girl musim keempat.
Skandal, krisis, drama, khianat dan semestinya gosip hebat dapat disaksikan dalam drama ini. Serena, Blair, Nate, Chuck dan Dan berusaha mengekalkan hubungan mereka dan sentiasa berhati-hati dengan muslihat musuh masing-masing.
Mengimbas kembali apa yang berlaku pada musim sebelum ini, Blair khirnya memaafkan Chuck. Banyak perkara berlaku antara Dan, Serena dan Nate sementara Dorota dan Vanya pula menyambut kelahiran bayi mereka.
Jenny Humprey pula dihantar ke Hudson akibat daripada tindakannya tidur bersama dengan Chuck Bass. Jenny berjinak-jinak dengan pengedaran dadah. Sampai bila Jenny akan terjebak dengan gejala yang kurang sihat ini? Adakah Jenny akan berubah?
Georgina Sparks akan membuat kemunculan pada episod akhir apabila dia kembali dan sudah pasti dengan agenda dan muslihat baru. Tidak cukupkah dengan masalah dan kekecohan yang sedia ada?
Jangan ketinggalan untuk menonton Gossip Girl musim keempat ang padat dengan skandal, konspirasi dan gosip panas setiap Selasa bermula 19 Julai lalu, jam 9.30 malam di 8TV.
Gossip Girl musim terbaru ini juga akan membawa ke lokasi baru iaitu Paris! Musim ini akan mempertemukan Blair Warldorf dan Serena Van Der yang menghabiskan musim panas di Paris untuk melupakan masalah cinta yang kompleks dan kehidupan rumit mereka.
Musim ke-4 ini juga berjaya meraih popularati apabila mendapat tujuh pencalonan dalam Teen Choice Awards dan berjaya memenangi empat daripadanya. Antara kategori yang dimenangi oleh drama bersiri ini ialah Drama TV Terbaik, Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik (Chace Crawford), Pelakon Wanita Drama Terbaik (Leighton Meester), dan Female Scene Stealer (menampilkan bintang undangan Hilary Duff)".
0 ulasan:
Catat Ulasan