"Saya akan buat apa sahaja untuk melindungi bayi saya. Saya tidak akan menunjukkan gambarnya atau mendedahkannya kepada media," katanya semasa satu wawancara dengan televisyen TF1.
Bruni yang juga seorang supermodel dan penyanyi mengakui, dia pernah membuat kesilapan pada satu masa dulu apabila membenarkan media memberi tumpuan terhadap anak lelakinya hasil perhubungannya sebelum ini.
Gambar Aurélien, 11, diambil semasa mereka mengunjungi tapak arkeologi di Petra, Jordan pada 2008 sebelum Bruni dan Sarkozy berkahwin.
"Gambar anak lelaki sulung saya pernah dirakam semasa kami menghabiskan masa bersama dan ia merupakan satu kesilapan besar. Saya tidak sepatutnya membawa dia bersiar-siar di lokasi seperti itu.
"Saya tidak menduga jurugambar akan berada di tempat itu. Saya cuai," katanya.
Bruni berkata, dia juga masih belum tahu jantina bayi yang dikandungnya.
Sarkozy dijangka bertanding pada pilihan raya Presiden Perancis pada April tahun depan bagi mengekalkan jawatannya dan sesetengah pihak meramalkan kelahiran bayinya mampu menaikkan semula populariti Presiden itu yang merosot sejak akhir-akhir ini.
Sarkozy, 56, mempunyai tiga cahaya mata lelaki berumur 14, 25 dan 26 tahun hasil dua perkahwinannya sebelum ini. - AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan