Awan Nano (Hafiz) pemenang Anugerah Juara Lagu 26

Tema air dipilih sebagai konsep dan tema persembahan untuk siri ke-26 Anugerah Juara lagu yang akan berlangsung pada 29 Januari 2012.

Selari arus pembangunan dan prestasi industri muzik kita, irama dan alunan lagu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus dan turut berubah mengikut perkembangan semasa di mana penggiat muzik sentiasa mengambil inisiatif untuk mencuba elemen baru dalam berkarya.

Lagu mana bakal dijulang sebagai juara bakal terjawab di TV3 menyaksikan persembahan hebat antaranya daripada trio 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura), Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif.

"AJL terus mendapat perhatian dan kemunculannya bagaikan satu tradisi pemecah revolusi yang terus dinantikan setiap peminat muzik tanah air. Ini terbukti saban tahun AJL mendapat sambutan menggalakkan dengan peratusan penonton tinggi.

Selain itu, AJL memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik tanah air sekali gus menjadi pencetus perubahan dalam evolusi muzik tanah air. Sudah menjadi matlamat kami untuk memastikan AJL 26 terus diangkat sebagai acara berprestij dan pembuka tirai 2012 yang hangat diperkatakan.

"AJL sering membawa konsep berlainan setiap tahun dan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-26, elemen air dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutama dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini," kata Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Tambahnya lagi pada malam secara langsung bermula jam 9 hingga 11.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil itu akan turut diselang-seli grafik dan imej disusuli susunan muzik dan persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam. Segmen pembuka tirai dan interlude juga dijangka memberikan impak dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung.

Malam kemuncak AJL 26 bakal menyaksikan gandingan hebat Faizal Ismail (FBI) dengan Cheryl Samad sebagai hos.

Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid bakal menyemarakkan persembahan pembuka tirai AJL26, manakala segmen interlude pula menampilkan gandingan tiga penyanyi muda yang kini hangat menempa nama menerusi bakat vokal luar biasa mereka iaitu Black, Azlan The Typewriter dan Hazama. Acara karpet biru akan dimulakan jam 7.30 malam dan dibawakan secara langsung melalui laman web rasmi AJL 26, www.tv3.com.my/ajl26.

Projek Pistol akan membuka persembahan dengan lagu Wanita Seluruh Dunia diikuti Jaclyn Victor (Sedetik Lebih), Atilia & Monoloque (Kekanda Adinda), Yuna (Penakut), Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali& Altimet (Kalau Berpacaran), Najwa Latif (Cinta Muka Buku) dan Karma (Faizal Tahir). Seterusnya persembahan AJL 26 dihangatkan dengan Alyah (Kisah Hati), Aizat (Sungai Lui), Yuna (Gadis Semasa), Hafiz (Awan Nano) dan Trio 3 Suara (Beribu Sesalan). Yuna menjadi peserta tunggal yang disenaraikan untuk dua lagu.

Hadiah bakal dimenangi pemenang iaitu Juara Lagu (RM35,000), Naib Juara (RM15,000), tempat ketiga (RM12,000), Persembahan Terbaik (RM10,000) dan Vokal Terbaik (RM10,000) berserta trofi.

Laman web rasmi AJL 26 juga menganjurkan peraduan Tiru Gaya Artis. Peserta hanya perlu melakonkan kembali segmen persembahan pemenang AJL sejak 1986 sehingga 2010 dan hantarkan berkenaan secara online. 10 peserta terbaik sudah dipilih ke pusingan akhir di mana juara akan ditentukan berdasarkan undian awam bermula 2 Januari lalu hingga 20 Januari ini.

Pemenang bertuah ini bakal memenangi wang tunai RM5,000 di samping menjadi tetamu istimewa (VIP) di malam anugerah gilang gemilang nanti. Sementara itu, AJL 26 dicetuskan Celcom sebagai penaja rasmi. Pelanggan Celcom juga berpeluang menyaksikan dan merasai kehebatan AJL 26 secara langsung bersama finalis AJL26 menerusi promosi The Cube, "Be Amongst The Star".

Orang ramai yang ingin menyaksikan AJL 26 di Stadium Putra, Bukit Jalil juga berpeluang mendapatkan tiket VIP eksklusif melalui HotFM dan MyTv3. Di samping itu, tiket percuma boleh diperoleh di Balai Pengawal, Sri Pentas, Bandar Utama dan akan di edarkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Tiket berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Ikuti detik persiapan AJL 26 dan kemeriahan siri jelajah promosinya menerusi program Debaran AJL yang akan bersiaran pada setiap Sabtu jam 5 hingga 6 petang pada 14, 21 dan 28 Januari ini. Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/ajl26 untuk maklumat lanjut.

5 ulasan:

  1. SAYA SUKAKAN LAGU KEGEMARAN SAYA IAITU 3 SUARA SBB SHILA,NING DAN JAC SUARA MEREKA SEDAP DAN MERDU.SAYA HARAP 3 SUARA MENJADI JUARA AJL YG KE-26

    BalasPadam
  2. SAYA SUKA CINTA MUKA BUKU KERANA NAJWA LATIF SUNGGUH CUTE

    BalasPadam
  3. SAYA HARAP SANGAT 3 SUARA AKAN MENANG DLM AJL YG KE-26 THN INI

    BalasPadam
  4. SAYA PUN SUKA SUARA ALYAH SBB SEDAP DAN MERDU LAH ITU LAH SAYA SUKA KAN SUARA ALYAHDAN ALYAH CUTE

    BalasPadam
  5. najwa latif the best.. cinta muka buku adlh lgu yg mnarik n unik pd sya... thun ni bertemakn air,, mmg nmpak unik n elegent,..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top