Perkara menarik di AME Mini Fest 2015

Apa aktiviti anda pada hujung minggu ini? Jika belum ada sebarang perancangan, bawa rakan atau ahli keluarga anda lepak santai di Festival Mini Anugerah MeleTOP Era 2015 atau ‘AME Mini Fest 2015’ yang bertempat di Pacific Place @ Ara Damansara.

Apa yang menarik di AME Mini Fest 2015?

Anugerah MeleTOP Era 2015

Ini dia enam sebab yang anda perlu tahu:

1.       Memandangkan Ahad merupakan hari yang santai tanpa sebarang tekanan, anda berpeluang untuk lepak beramah mesra di ‘Zon Piknik’ bersama dua selebriti cantik iaitu Ayda Jebat dan Ainul Aisyah. Boleh lepak berborak sambil berselfie bersama mereka sambil menikmati makanan yang pastinya lazat!

2.       Kepada mereka  suka berfesyen, semestinya anda tidak mahu lepaskan peluang berada di AME Mini Fest 2015. Sebab apa? Enam artis pujaan anda iaitu Yuna, Bambang, Mizz Nina, Ila Damia, Bunkface dan Ammar Bahrin akan bersama-sama lepak di zon ‘Fashionista’ untuk berkongsi pelbagai tips menarik mengenai fesyen terkini!

3.       Ya, kita dapat lihat kemunculan perniagaan ‘Food Trucks’ dan ‘Kiosk’ ini berkembang pesat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Selain menghidangkan makanan yang simple dan murah, ianya juga semestinya lazat dan yang paling penting bersih. Semestinya zon Food Trucks & Kiosk’ merupakan antara pesta makanan paling MeleTOP setakat ini.

4.       Tidak lengkap sekiranya sebuah festival tanpa persembahan MeleTOP. Betul tak? Bila dah lepak sambil menikmati makanan, apa kata kita layan persembahan hebat oleh bekas pelajar program Akademi Fantasia seperti Akim, Hazama, Firman, Aman  dan ramai!

5.       Seperti festival-festival lain yang pernah diadakan, ‘Seni dan Dekorasi’ antara zon yang sering dipenuhi oleh para pengujung. Anda berpeluang untuk ambil gambar dengan dekorasi yang cukup cun dan cool, dan muat naik terus ke laman sosial media anda.

6.       Paling utama, kehadiran selebriti-selebriti tempatan yang sama-sama memeriahkan AME Mini Fest 2015 ini. Antaranya Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Shaheizy Sam, Nora Danish, Keith Foo, Farid Kamil dan Siti Saleha!

Selain itu, terdapat juga ‘Zon Chef’ di mana bekas peserta program MasterChef Malaysia iaitu Dr Ezani dan Zamir akan bersama anda untuk sesi beramah mesra bersama pengunjung dan peminat.

Apa tunggu lagi, rancang sekarang dan sebarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga yang lain untuk sama-sama lepak santai di di AME Mini Fest 2015 yang akan berlangsung pada 15 Februari di
Pacific Place @ Ara Damansara bermula jam 10 pagi sehingga 7 petang.

Jangan lupa, setiap gambar yang anda muat naik di laman Instagram atau sebarang tweet mengenai AME Mini  Fest 2015 gunakan kata kunci #ame2015 dan #ame2015minifest.

Jumpa anda di sana!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top