Biodata Profil Ajieb Rosdi / Hyun Min

NAMA SEBENAR: Mohd Razif Mohd Rosdi
KOMERSIAL: Ajieb Rosdi / Hyun Min
UMUR: 33
ASAL: Johor
KERJAYA: Penyanyi, DJ radio, pengacara
LABEL: HICC Media

Biodata Profil Ajieb Rosdi / Hyun Min

* Sebelum menempa kejayaan di Korea Selatan, Ajieb Rosdi merupakan bekas pengacara sebuah portal online dan turut bergelar penyampai radio sambilan THR Gegar.

* Mengikuti jejak langkah Yuna yang menjadi artis rakaman antarabangsa di bawah pengurusan David Foster, Ajieb juga tidak kurang hebatnya apabila dilamar syarikat pengurusan artis dari Korea, Blessync Media, pada 4 Mei 2013.

* Pemilihan Ajieb dilakukan dalam satu proses uji bakat suara secara tertutup oleh produser negara itu ketika penyanyi itu berkunjung ke Seoul, Korea Selatan buat kali kedua.

* Dalam perkembangan terkini, Ajieb bakal disatukan dalam satu kumpulan K-Pop yang terdiri daripada empat ahli namun belum diberi nama lagi.

* Bahkan peminat diberi peluang untuk mengundi atau memilih nama kumpulan itu menerusi lama web rasmi syarikatnya, www.hiccmedia.com.

* Kini Ajieb sibuk dengan latihan nyanyian dan tarian untuk konsert jelajah di Asia Tenggara termasuklah Korea, Jepun, China dan Malaysia merupakan negara pertama untuk persembahan kumpulannya nanti.

* Sementara itu, lagu duetnya bersama mendiang Eun B (Ladies Code), Remember Me, masih menanti tarikh untuk dilancarkan di Korea.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top