Plot cerita dalam drama kontroversi membabitkan pelakon Fizz Fairuz dan tunangnya, Azlyn Massiela semakin hangat.
Dalam pertemuan eksklusif bersama HIP malam kelmarin, Fizz Fairuz mendakwa dia tidak berbohong. Malah, kata Fizz, hakikat Azlyn sudah berkahwin, diakui bekas tunangnya itu ketika dia meminta Azlyn menjelaskan isu berkenaan.
Menurut Fizz, tindakannya memutuskan pertunangan dengan Azyln dibuat kerana mahu menjaga maruah diri dan keluarga.
Fizz juga memohon maaf kepada Azlyn dan keluarganya atas kontroversi yang melanda.
Fizz menjelaskan, dia tidak berniat mengaibkan Azlyn, tetapi pada masa sama, enggan menanggung lebih banyak dosa atas kesilapan dilakukannya.
HIP (H): Bagaimana Fizz putus tunang, boleh huraikan kerana persoalan ini agak tidak jelas?
Fizz (F) : Selepas bertemu lelaki yang mendakwa dirinya suami Azlyn, saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bapa Azlyn. Saya kena berterus-terang dan bercerita mengenai pengakuan lelaki terbabit. Saya bertanya kenapa tidak beritahu saya Azlyn sudah berkahwin?
Ikutkan hukum, haram saya bertunang dengan isteri orang. Tapi, apa nak buat, semuanya sudah berlaku dan saya tak tahu. Saya kena putuskan tali pertunangan ini. Saya masih belum pulangkan cincin lagi. Kalau boleh, saya nak selesaikan dengan cara baik dan tiada permusuhan. Bapa Azlyn mahu bertemu ibu saya untuk berbincang, tetapi untuk apa? Saya tidak mahu tanggung dosa seumur hidup.
Persoalan lain saya tolak ketepi. Saya dan keluarga datang merisik dan majlis pertunangan dilangsungkan dalam cara baik, jadi biarlah pertunangan ini diputuskan dengan cara baik dan tidak kecoh-kecoh. Tapi nampaknya, keadaan sebaliknya berlaku.
Saya akui hanya menghantar SMS kepada Azlyn untuk meminta putus tunang dan mendedahkannya kepada sebuah akhbar, tiga hari lalu. Saya tidak berniat mahu mengaibkan Azlyn dan keluarganya dengan bercerita panjang lebar apa yang berlaku.
Sebab itulah, kenyataan saya hanya menyebut saya mahu putus tunang dan alasannya kukuh. Itu pun selepas berbincang dengan lelaki terbabit dan keluarga saya.
H: Sejauh manakah kebenaran Azlyn itu adalah isteri kedua, Fizz ada bukti?
F: Saya bertemu dengan lelaki terbabit di Kuala Lumpur selepas beberapa hari kami bertunang. Lelaki itu mendapat berita pertunangan kami apabila membacanya di sebuah laman blog. Agak lama dia mencari saya sehingga saya menerima SMS daripada kawan adik bekas tunang saya itu.
Dia bersama lelaki itu datang berjumpa saya dan menunjukkan bukti surat nikah. Apa yang saya lihat, mereka bernikah di seberang dan saya hanya tengok nama Azlyn. Lain-lain butiran (dalam surat nikah berkenaan) saya tak tengok kerana cukuplah itu. Saya rasa tertipu.
Cuba anda berada di situasi saya, adakah perlu meneruskan perhubungan ini? Haram dan berdosa besar! Cukuplah setahun kami berkawan, sudah berapa banyak dosa yang saya tanggung. Selepas fikir semalaman, keesokannya, saya SMS bapa Azlyn meminta pertunangan kami diputuskan. Tidak guna saya fikir lagi, Azlyn masih isteri orang.
H: Adakah keluarga Azlyn tahu bahawa anaknya sudah berkahwin?
F: Itu saya tidak pasti. Tapi apabila saya beritahu bapanya, dia seolah-olah tahu. Alasan yang diberikan, Azlyn dilarikan ketika berkahwin dulu. Soalnya, setuju atau tidak, dilarikan atau nak kahwin lari, mereka adalah sah suami isteri mengikut hukum syarak. Saya nak tunggu apa lagi, saya kena buat keputusan.
H: Anda bertemu Azlyn selepas kejadian itu dan apa alasan diberikan Azlyn?
F: Selepas bertemu lelaki itu, saya bercakap dengan Azlyn.
Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya terbongkar. Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka sah di sisi agama. Cuma mereka perlu mendaftar dalam negara untuk dapatkan sijil nikah yang sah. Perkahwinan mereka sah walaupun tidak didaftarkan.
Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya.
Tapi, saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang. Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga.
H: Kenapa bertunang secara senyap-senyap. Ada yang menganggap seolah segala-galanya dirancang?
F: Saya akui pada awalnya, saya tidak mahu mendedahkan berita pertunangan ini. Saya tiada niat mahu melarikan diri daripada sesiapa. Saya tahu wartawan banyak membantu sehingga saya sudah dapat apa yang diimpikan selama hari ini.
Jujurnya, keadaan saya agak serabut ketika majlis pertunangan itu. Sehari sebelum itu, tangan kanan saya melecur tersimbah air panas dan dalam perjalanan ke Kuantan, kereta saya pula rosak. Saya beberapa kali tanya kepada diri, betul ke nak bertunang ini. Tapi, saya teruskan juga kerana majlis sudah dirancang.
Tapi, itulah petanda yang saya tidak sedar. Hati saya jadi tidak keruan sehinggalah saya bertemu dengan suami bekas tunangan saya itu. Dalam hati, inilah sebenarnya yang Tuhan nak tunjuk.
H: Apakah benar dakwaan kononnya Fizz terkena ilmu sihir?
F: Saya tidak menuduh sesiapa, jauh sekali menuduh Azlyn. Saya cakap keadaan saya ketika itu seolah-olah seperti terkena sihir. Saya tak tuduh Azlyn. Saya tahu Azlyn tidak akan melakukan perkara berunsur mistik itu. Cuma keadaan saya seperti bingung dan tidak ada selera makan.
Apabila makan saja, saya muntah-muntah. Sekarang pun saya masih tidak boleh makan.
Saya tidak mahu memanjang perkara ini. Apa yang saya cakap demi memulihkan maruah saya yang sudah tercemar dengan tuduhan Azlyn. Saya mohon maaf daripada Azlyn dan keluarganya. Saya harap isu ini tidak berpanjangan kerana saya tidak mahu lebih mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Mereka adalah keluarga baik-baik, cuma keadaan memaksa saya bercakap terus-terang. Saya juga ada maruah. Saya dan keluarga sudah tentu tertekan dengan apa yang berlaku.
BH
Feb 22, 2013
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

0 ulasan:
Catat Ulasan