Hubungan cinta tiga segi membabitkan Jennifer Aniston, Brad Pitt dan Angelina Jolie nampaknya masih terus menjadi bualan meskipun Pitt dan Jolie kini bahagia dikelilingi cahaya mata yang ramai.
Biarpun Aniston dan Pitt masing-masing sudah memiliki kehidupan sendiri, konflik cinta ketiga-tiga bintang popular ini sering menjadi sorotan. Malah, Aniston siap mendedahkan mengenai kisah curang Pitt bersama Jolie.
Menurut laporan National Enquirer, Aniston dikhabarkan mendapat tawaran mahal untuk menghasilkan buku biografinya.
Bagaimanapun, menurut sumber terdekat artis itu, dia tidak mungkin menolak tawaran terbabit.
"Aniston kini sudah pun berada dalam kehidupan yang selesa, dia juga kini lebih terbuka. Dia akan menceritakan segala-galanya dalam buku berkenaan.
"Dia mahu bersikap jujur terhadap peminatnya. Jika dia menerima tawaran itu, dia mahu menceritakan soal kebenaran dan mendedahkan mengenai hidupnya dengan mendalam kepada pembaca," kata sumber itu.
Apa yang pasti pengalaman hidup bersama bekas suami, Pitt, juga tidak ketinggalan akan diceritakan.
"Paling besar tentulah kisah mengenai Jolie dan Pitt. Dia tahu itulah pilihan yang tepat untuk menjelaskan perkara sebenar.
Banyak isu yang mengatakan Pitt kononnya mahukan anak, sehingga menjadi punca perceraian mereka, sedangkan semuanya tidak benar. Pitt sebenarnya tidak pernah mahukan cahaya mata," kata sumber itu lagi.
Difahamkan, Aniston tidak akan menggunakan kata-kata puitis yang akan membuatkan kisah hidupnya menjadi haru-biru. Sebaliknya, dia mahu peminat berasa bahagia selepas membaca bukunya kelak.
0 ulasan:
Catat Ulasan