Lisa Surihani popular di sekolah

Bekas guru Lisa Surihani, Wan Ali Saifuddin, 51, pernah mengajar Lisa di Sekolah Menengah Seri Inai, Ampang menceritakan tentang Lisa ketika di sekolah.

Wan Ali atau mesra disapa Cikgu Wan Ali juga adalah bekas pengetua sekolah berkenaan yang suatu ketika dulu pernah menjadi tempat pelakon jelita itu menimba ilmu sebelum ia ditukar kepada Saudi School In Kuala Lumpur pada 2009.

Selain pengetua, Wan Ali juga adalah guru yang mengajar Lisa dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia.

"Seperkara paling saya ingat mengenai Lisa, dia adalah pelajar popular di sekolah. Bukan saja popular di kalangan pelajar tetapi juga di kalangan guru.

"Memandangkan sekolah Sri Inai adalah sekolah swasta, bilangan pelajar tidak ramai. Justeru, mudah untuk mengenal pasti pelajar terutamanya mereka yang cemerlang.

"Lisa popular di sekolah bukan saja kerana orangnya cantik dan disukai pelajar lelaki, tetapi Lisa yang saya kenal adalah pelajar yang sopan, berbudi bahasa dan berdisiplin," katanya.

Wan Ali berkata, selain itu Lisa antara pelajar pintar sekolah itu dan berada dalam kelas pertama. Katanya, Lisa memperoleh A1 untuk mata pelajaran Matematik ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan beberapa lagi A untuk mata pelajaran lain.

"Dia juga mengambil bahagian dalam persembahan dan turut berkebolehan dalam bidang sukan seperti balapan, lompat jauh dan lontar peluru. Pendek kata, dia seorang pelajar yang aktif dan ini antara sebab mengapa Lisa begitu popular di sekolah," katanya.

Menurutnya, selain Lisa, selebriti tempatan lain yang pernah belajar di sekolah itu ialah Diana Danielle, Zain Saidin, Yasmin Hani dan Norjihan Mohamed.


Bagaimanapun, katanya, Lisa masih lagi pelajar berstatus selebriti yang paling cemerlang berbanding lain.

Melanjutkan perbualannya, Wan Ali berkata, di sebalik ketenangan wanita bernama Lisa itu, dia mendapati ada kalanya Lisa boleh menjadi seorang yang `out spoken' untuk satu-satu perkara.

"Lisa suka perbincangan dan dia sering melontarkan pendapatnya. Apa yang membuatkan saya rapat dengan Lisa kerana dia salah seorang pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah kendalian saya sewaktu di tingkatan tiga.

"Seorang yang `fast leaner', Lisa bukan jenis individu yang kedekut ilmu kerana dulu dia sering membantu teman-teman yang lemah dalam mata pelajaran matematik. Hubungannya dengan rakan sekelas seperti adik-beradik terutamanya dengan pelajar saya yang lain antaranya Adrian Ariff, Tengku Hassanal, Syazwan Kamaruddin, Nik Hardian, Anis Lisa, Niezam Muzaffar, Hazalea dan Loo Chin Wei.

"Mereka kerap membuat kelas menjadi riuh-rendah dan keakraban mereka terserlah apabila waktu rehat sekalipun tetap bersama-sama," katanya.

~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top