Teater komedi berjudul Zeus: Rise of The Dead bakal dipentaskan di Auditorium Dewan Budaya, USM Pulau Pinang pada 16 & 17 Mac 2013.

Sinopsis teater Zeus: Rise of The Dead

Teater komedi ini mengisahkan dewa-dewa yang hidup di Gunung Olympus di mana setiap dewa terbabit memiliki kuasa masing-masing yang diketuai Zeus, penakluk Gunung Olympus.

Suatu hari, semua dewa itu menyambut hari raya di Gunung Olympus dan di dalam kemeriahan itu, Hercules yang sudah empat tahun tidak pulang ke Gunung Olympus turut menyertai mereka.



Hercules membawa rakannya dari bumi iaitu Manap untuk beraya bersama di Gunung Olympus. Suatu insiden yang tidak diduga terjadi apabila Manap secara tiba-tiba bertukar menjadi zombi tanpa diketahui punca sebenarnya.

Manap turut menggigit Hercules yang mengakibatkan rakan baiknya itu bertukar menjadi zombi. Malah, sesiapa yang digigit zombi akan mati dan kemudian hidup semula sebagai zombi.

Seterusnya semakin ramai penduduk Gunung Olympus bertukar menjadi zombi. Ini membimbangkan Zeus selaku pemerintah Gunung Olympus. Pelbagai usaha dilakukan Zeus dan anak-anaknya untuk melawan zombi ini, namun ternyata usaha mereka gagal.

Naskhah komedi yang diilhamkan dari kisah dewa-dewa Greek ini dijangka mampu menarik penonton berikutan ia berbeza berbanding persembahan teater lain.

Teater ini dibintangi Abu Mamu, Mamak Cuit, Azmir Cuit, Shazli Cuit dan Raja Azrey. Pas masuk berharga RM10 boleh didapati dengan menghubungi (Hasrol) 012-5618434 dan (Mista Fixx) 012-5618737.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top