American Idol tetap popular
Buat peminat mahupun juri, American Idol sentiasa menghadiahkan debaran luar biasa dengan aksi spontan dari awal hingga akhir!

Meskipun pelbagai persoalan hadir, topik sentiasa menjadi bualan ramai adalah kemampuan dan kredibiliti juri musim baru menaikkan `rating' televisyen terhadap program dianggap sebagai `raja segala program realiti' itu.


Apapun mengenainya, episod mingguan program yang baru bermula sudah membuktikan American Idol 12 antara episod paling menarik pernah dibuat dalam pencarian penyanyi baru berbakat besar bidang nyanyian.

Program disukai ramai itu bakal membuka episod saingan pertama membabitkan Top 20 Guys dan Top 20 Girls, minggu depan.

Pembuka tirai menampilkan persembahan pemenang tahun lalu, Phillip Phillips bersama beberapa bekas pemenang yang cukup dikenali ramai seperti Carrie Underwood, Kelly Clarkson dan Jennifer Hudson.

Program menampilkan pengacara Ryan Seacrest yang menganggap American Idol kembali dengan sikap merendah diri dan barisan juri baru.

Tumpuan utama sudah tentu kepada barisan juri penuh dengan kepelbagaian karakter latar dan unik dengan cara mereka tersendiri.

Kisah perang mulut serta usik-mengusik `kasar' antara Mariah Carey dan Nicki Minaj menjadi tumpuan ketika Keith Urban sekadar duduk di bahagian tengah melihat gelagat mereka.

Ketika siri program realiti American Idol itu baru bermula, persoalan baru timbul apakah pelaburan bernilai jutaan dolar terhadap barisan juri berbaloi?

American Idol pula sejarah tersendiri memandangkan ada juri kurang menyerlah sekalipun sentiasa menarik perhatian peminat pelbagai genre muzik.

Kepada sesetengah pengkritik, persoalan apakah wang `mewah' dibelanjakan mampu mencari bakat penyanyi baru yang benar-benar mampu untuk memukau Amerika Syarikat?

Dengan pelaburan sebanyak AS$36 juta (RM108 juta), apakah kombinasi pembayaran cek sebanyak itu dilaburkan kepada juri `superstar' seperti Mariah Carey, Nicki Minaj dan Keith Urban berbaloi menaikkan `rating'?

Program pencarian bakat paling popular di serata dunia itu mencatat sejarah baru dunia televisyen sewaktu membuat tayangan pertama pada 2002 dengan panel terdiri daripada Simon Cowell, Randy Jackson dan Paula Abdul.

"Saya rasa ia satu pembaharuan semula Idol pada setiap beberapa tahun dan apa yang anda saksikan sekarang adalah panel terbabit menghidupkan semula program itu," kata presiden hiburan alternatif Fox, Mike Darnell.

American Idol sebelum ini mencapai matlamat meningkatkan 'rating' program Idol 2011 apabila Jennifer Lopez menerima RM36 juta (sewaktu bergandingan bersama penyanyi Aerosmith, Steven Tyler). Pencapaian itu mengenepikan penampilan singkat juri, Ellen De-Generes yang kurang menyerlah pada 2010.

Carey mendapat hampir RM54 juta, Minaj (RM36 juta) dan Urban menerima RM18 juta.

Jackson juga masih kekal dengan menerima jutaan ringgit yang membuatkan kumpulan itu sebagai `plat platinum'.

Untuk mencari bintang baru seperti Kelly Clarkson, Carrie Underwood mahu pun Jennifer Hudson masih berjalan yang membuatkan terpulang kepada juri profesional untuk melakukannya.

Carey dan Minaj sudah mempamerkan potensi mereka dan perbalahan mereka, sama ada benar-benar dibuat atau sekadar berlakon, benar-benar membuat ramai pihak geleng kepala. Malah, salah satu tajuk utama mengenai Carey yang menuduh kononnya Minaj mengugut untuk menembaknya selepas penggambaran dibuat. Apapun, penyanyi rap itu menafikannya menerusi Twitter.

Pada satu sidang akhbar, Minaj cuba tidak memperbesar-besarkan cerita itu.

"Kami profesional. Adakah anda pernah bertelagah sewaktu bekerja dengan seseorang?" katanya menjawab pelbagai persoalan mengenai hubungan tugasan American Idol bersama Carey.

"Ini berat sebelah," kata Carey.

"Tidak, ia tidak!" Minaj membalas semula.

Penerbit Eksekutif, Nigel Lythgoe berkata, barisan juri tidak mengecewakan termasuk Urban yang dianggapnya seorang yang mempunyai pendirian tetap.

Penyanyi terbabit dijangka untuk meningkatkan pembabitan pangkalan peminat genre country kerana salah seorang peserta adalah penyanyi rock country, Scotty McCreey.

Jackson juga bersikap lebih keras terhadap peserta berbanding beberapa program sebelum ini.

"Minaj boleh bergaul dengan sesiapa saja. Dia salah seorang daripada juri terbaik pernah hadir dalam American Idol. Dia memiliki sudut pandangan dan membawanya ke dalam program itu" kata Lythgoe.

Bagi Carey pula, dia adalah seorang lagenda sebenar yang muncul juri pertama yang suka bercakap terus terang sama ada dia berasa selesa atau tidak dengan seseorang."

"Saya tidak mahu menangis apabila menonton American Idol. Saya selalu mengingatkan diri mengapa juri perlu mengalirkan air mata berada dalam program kerana ia menampakkan mereka bodoh kerana lebih penting mereka mendapatkan kehidupan lebih bermakna.

"Namun sekarang saya menarik balik kata-kata itu kerana apabila anda melihat ke dalam mata seseorang selepas mereka memberikan segala-galanya dan anda tahu perjalanan mereka berakhir pada satu-satu episod, memang sukar menerima hakikat seperti itu," katanya.

Dalam satu temu ramah, Minaj berterus-terang mengatakan dia mahu memberi penjurian terbaik terhadap setiap peserta.

"Legasi kami berterusan ketika era baru bermula dengan merujuk kepada `resume' juri termasuk jualan rekod, jumlah anugerah Grammy dimenangi dan tahap vokal dimiliki oleh Carey dengan lima `octaves' dianggap sebagai definisi diva sebenar, " katanya.

Juri, termasuk Jackson, menguatkan semangat mereka mengadili peserta American Idol. Dia terpaksa menyingkirkan seorang lelaki muda kehilangan kaki akibat barah kaki tetapi hatinya cair terhadap seorang gadis remaja dengan keluarga angkatnya berdepan dengan masalah perubatan sementara seorang penyanyi hampir kehilangan deria dengar.

Susunan Esme Johari Wahab

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top