Penyanyi Black dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Black juga menafikan ura-ura bahawa dia dan tunangnya, Cira Khairi bakal disatukan pada September ini.
Black dilaporkan berkata, “Memang pada awalnya kami memilih bulan September untuk majlis perkahwinan ini, tetapi tarikh itu masih belum dapat disakan lagi kerana masalah lokasi.
“Kebanyakan hotel sudah ditempah pada waktu itu dan kami masih mencari tempat yang sesuai. Apapun, kami memang merancang untuk melangsungkan majlis kami ini selepas Hari Raya nanti,” katanya.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah turut menyatakan bahawa dia tidak akan merahsiakan tarikh perkahwinannya kelak kepada pihak media dan peminat kerana berita itu adalah sesuatu yang baik untuk dikongsikan bersama.
Tahniah buat Black dan tunang!
0 ulasan:
Catat Ulasan