Rozita Che Wan di akhbar mengatakan dia akan menamatkan zaman solo dengan Zain Saidin pada hujung Julai ini, namun kenyataan itu salah faham kerana aktor tersebut menjelaskan ia akan berlangsung pada hujung tahun ini seperti yang telah dirancangkan.


Mengakui terkejut dengan laporan berita yang mengatakan mereka akan berkahwin pada hujung Julai ini, kata Zain kepada Media Hiburan, persiapan perkahwinan hanya akan dilakukan selepas raya. Malah dia belum lagi masuk merisik walaupun pertemuan dengan keluarga masing-masing sudah diadakan.

Tambahnya lagi, dia pun belum menjalani kursus kahwin. Setakat ini perbincangan tentang perkahwinan hanya di antara mereka berdua sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top