Penyanyi Mizz Nina muncul dengan kolaborasi terbaru bersama artis popular K-Pop iaitu Jay Park.

Mizz Nina berkata, dia sangat teruja dengan kolaborasi menerusi lagu Around The World itu dan berharap ia akan mendapat sambutan baik daripada peminat.

"Jay sangat berbakat besar dan peluang bekerjasama dengannya adalah sesuatu di luar jangkaan dan saya cukup teruja," katanya.

Single berkenaan diterbitkan oleh b-boy dan Cha Cha Malone, yang pernah menerbitkan lagu seperti Bestie dan Speechless untuk Jay.


Mizz Nina berkata, dia juga bertuah apabila dapat merakamkan muzik video lagu itu di Seoul, Korea Selatan, arahan pengarah terkenal, Namil Cho.

"Selain muzik video itu dirakamkan di Seoul ia juga diarahkan oleh pengarah kegemaran saya, Namil Cho dan tidak sabar untuk peminat menontonnya," kata Mizz Nina.

Bercakap mengenai lagu berkenaan, katanya, proses rakaman Around The World dilakukan secara berasingan sejak Disember tahun lalu.

"Saya rakamkan bahagian terlebih dahulu di Malaysia sebelum proses vokal Jay dibuat di Seoul namun hasilnya cukup baik dan sesuai dengan cita rasa peminat," jelasnya.

Selain bakal disiarkan di radio, Around The World juga boleh di muat naik menerusi www.aroundtheworld.alturl.com.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top