Sinopsis drama Kerana Sarah
Kerana Sarah mengisahkan gejolak hati seorang wanita bernama Sarah lakonan Rita Rudaini yang terpaksa mengharungi derita hanya kerana cintanya terhadap lelaki bernama Emran (Ako Mustapha). Haknya sebagai seorang isteri, ibu dan menantu tidak pernah diakui dan diterima oleh ibu mentuanya, Rosnah (Kathy Azian).
Persengketaan bermula apabila Emran menolak hasrat Rosnah yang ingin menyatukannya dengan Dayana (Lisdawati) dan berkahwin dengan Sarah. Meskipun perkahwinan Emran dan Sarah tidak direstui oleh ibunya, namun berkat kesabaran, kasih sayang dan cinta Emran, Sarah sabar mengharungi segala rintangan sehinggalah mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Kebahagiaan yang dikecapi bersama Emran semakin dirasai apabila Sarah mengandung anak kelima. Akan tetapi takdir merampas Emran daripada Sarah apabila Emran meninggal dunia akibat mati lemas.
Sarah mula hilang arah. Rosnah mula mengambil kesempatan di atas suratan yang berlaku demi membalas dendam terhadap Sarah. Sejurus Sarah selamat melahirkan bayi yang diberi nama Efira, Rosnah memisahkan bayi itu dengan ibunya apabila menyerahkan kepada Dayana.
Sarah meronta-ronta ingin berjumpa Efira sehingga dirinya menjadi gila dan dirawat di hospital mental. Masa berlalu, Efira (Shakilla Koriri) yang dibesarkan oleh Dayana sudah meningkat dewasa. Sejarah seakan berulang kembali. Dayana menyatukan Efira bersama calon pilihannya.
Adakah nasib Efira sama seperti ibu kandungnya, Sarah? Atau Efira akan merampas kembali kedukaan yang pernah membelenggu hidup ibunya suatu ketika dahulu?
Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya? Jangan lupa saksikan drama Kerana Sarah menerusi slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang hanya di TV3!
Kerana Sarah mengisi slot Azalea bermula 7 Februari 2013, dibintangi Rita Rudaini, Lisdawati, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi, Shakilla Khoriri, Katie Azian dan ramai lagi. Drama bersiri Kerana Sarah 20 episod diterbitkan oleh Temenggung Pictures ini diarahkan oleh Murali Abdullah manakala skripnya ditulis oleh Haida Mazni.

0 ulasan:
Catat Ulasan