Konsert Wings Rockestra
Kumpulan Wings akan mengadakan konsert untuk kali kedua di Istana Budaya. Konsert yang dinamakan Wings Rockestra bakal berlangsung selama empat hari iaitu 26, 27, 28 dan 30 April 2013.
Tiket paling mahal bernilai RM499 . Manakala lain-lain tiket berharga RM399, RM299, RM249, RM199, RM149, RM99, dan yang paling murah, RM69.
Mengulas tentang harga tiket yang agak tinggi itu, vokalis Wings, Awie, memberitahu dia tidak bersetuju jika ada pihak yang beranggapan tiket-tiket untuk menyaksikan konsert itu terlalu mahal.
“Saya rasa harga tiket yang dikenakan tidaklah terlalu tinggi. Peminat Wings boleh beli. Lagipun tiket yang berharga RM499 itu jumlahnya tidak banyak pun. Hanya ada 17 kerusi. Kita letak harga RM499 kerana kerusi-kerusi itu adalah tempat terbaik untuk menyaksikan konsert kami. Pembeli tiket ini juga akan mendapat beg cenderamata daripada Wings.
Seperkara lagi, peminat juga harus faham, Konsert Wings Rockestra ini diadakan di Istana Budaya, sebuah lokasi prestij. Jadi, persembahan kami kualitinya tidak sama dengan persembahan kami di tempat-tempat lain. Bahkan, kami berkolaborasi dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK),” ujar Awie.
Dalam masa yang sama, Awie turut menegaskan konsert Wings kali ini tidak sama dengan konsert Opera Hidup sebelum ini.
“Kalau dulu kami menjemput rakan-rakan yang pernah terlibat dengan Wings untuk sama-sama beraksi, tapi kali ini kami beraksi sendiri. Kami bakal persembahkan 20 buah lagu dan kesemua lagu itu saya akan nyanyi sendiri. Memang agak sukar untuk pilih lagu, tetapi kami persembahkan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan di khalayak ramai. Semestinya lagu-lagu hits, cuma ia agak jarang dimainkan di stesen-stesen radio,” ujar Awie lagi.
Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaari memberitahu pihak media pihaknya bersetuju mengundang Wings ke Istana untuk kali kedua kerana yakin Wings mampu menarik penonton ke Istana Budaya. Ini kerana penjualan tiket konsert Opera Hidup sebelum ini adalah yang paling berjaya berbanding pementasan-pementasan lain.
“Sebab kedua Wings dipilih sekali lagi adalah kerana kumpulan ini datang dengan pakej baru, tidak sama dengan konsert sebelum ini. Saya yakin Wings mampu menarik peminat-peminat datang ke Istana Budaya walaupun mereka tidak boleh ‘head banging’ seperti di tempat-tempat lain,” ujar Juhari sambil berseloroh.
Peminat-peminat yang ingin menonton konsert Wings Rockestra pada April ini, anda boleh dapatkan tiket secara online di www.ticket2u.biz sekarang!

0 ulasan:
Catat Ulasan