Fizz Fairuz menegaskan dia tidak berbohong. Katanya, Azlyn sendiri mengakui sudah berstatuskan isteri orang apabila diminta penjelasannya walaupun "caranya seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah".
Sehari selepas bertemu 'suami' Azlyn, Fizz menghantar SMS kepada ayah Azlyn bertanya mengapa tidak dimaklumkan Azlyn sudah berkahwin di samping meminta untuk diputuskan pertunangan mereka. Jelas Fizz, "Haram dan berdosa besar! Cukuplah setahun kami berkawan, sudah berapa banyak dosa yang saya tanggung. Tidak guna saya fikir lagi, Azlyn masih isteri orang."
Tambah Fizz, ayah Azlyn seakan tahu tentang pernikahan Azlyn tetapi memberi alasan Azlyn dilarikan ketika berkahwin dulu.
Tentang tuduhan dia di sihir, Fizz jelaskan dia tidak menuduh sesiapa terutamanya Azlyn. Dia tahu Azlyn tidak akan melakukan perkara sebegitu. Cuma ketika itu, dia ingin memberi gambaran keadaannya yang bingung dan tiada selera makan seperti terkena sihir.
Sebelum mengakhiri perbualan, Fizz memberitahu dia tidak mahu memanjangkan isu ini. Kenyataannya bertujuan untuk memulihkan maruah yang tercemar gara-gara tuduhan Azlyn.
"Saya mohon maaf daripada Azlyn dan keluarganya. saya harap isu ini tidak berpanjangan kerana saya tidak mahu lebih mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Mereka adalah keluarga baik-baik, cuma keadaan memaksa saya bercakap terus-terang. Saya juga ada maruah. Saya dan keluarga sudah tentu tertekan dengan apa yang berlaku."
~ GUA
0 ulasan:
Catat Ulasan