"Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia," kata lelaki yang mendakwa suami kepada tunang Fizz Fairuz yang ingin dikenali sebagai Ramli, 40-an.

Dia yang dihubungi Harian Metro semalam, bertegas bahawa Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, adalah isteri keduanya yang dinikahi di Selatan Thailand.

Malah, dia mengakui memiliki bukti kukuh mengatakan wanita itu isteri keduanya namun enggan menunjukkan bukti itu kerana tidak mahu memanjangkan kontroversi.

"Bukti surat nikah di Thailand ada, tapi saya enggan mendedahkan kerana keadaan semakin rumit. Saya juga sudah memberikan salinan kepada Fizz, tanya dia," katanya.

Kata Ramli, untuk mendapatkan kepastian perkahwinan terbabit, dia meminta berjumpa ibu bapa Azlyn kerana pada awal pernikahan, mereka mengetahui status sebenar.

Lelaki itu berkata demikian selepas wanita itu menafikan berstatus isteri ketika bertunang dengan Fizz dalam laporan Berita Harian, semalam.

Dalam laporan itu, Azlyn mendakwa tidak pernah berkahwin dan melahirkan rasa sedih dan kecewa apabila Fizz mengeluarkan kenyataan bahawa pertunangan mereka diputuskan hanya selepas seminggu cincin disarungkan ke jari manisnya kerana wanita itu sudah berkahwin.

Fizz dalam laporan muka depan Harian Metor kelmarin berkata, dia sudah bertemu Ramli yang menceritakan keadaan sebenar mengenai status tunangnya itu.

Bagaimanapun, Ramli yang sebelum ini menjelaskan bahawa pernikahan keduanya itu tidak diketahui isteri pertama mengubah kenyataannya semalam apabila mendakwa hubungan kedua-dua wanita itu rapat, malah pernah membawa mereka ke London untuk bercuti.

Namun, katanya, dia mengesyaki isteri keduanya itu curang, tetapi tiada bukti.

Ramli berkata, dia belum bersedia bertemu media sebaliknya meminta Azlyn bertemunya terlebih dulu.

Kata Ramli, dalam kemelut itu, dia menyedari ketiga-tiga pihak mempunyai kesalahan masing-masing dan berharap ia tidak dipanjangkan.

"Insya-Allah, saya tahu hukum syariah dan adat Melayu atau enakmen agama berkaitan nikah dan kahwin," katanya.

Sementara itu, Azlyn dan Fizz ketika dihubungi tidak menjawab panggilan atau membalas SMS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top