TV9 lebih segar
Bermula 20 Februari ini, TV9 tampil berwajah baru dengan penggunaan logo yang lebih segar, berlainan dan bersesuaian dengan kehendak penonton sasaran TV9 iaitu Young Fresh Mass Malay yang sentiasa mahukan sesuatu yang lebih unik dan menghiburkan!
Imej baru TV9 ini mendapat inspirasi bagaikan menaiki roller coaster yang menggambarkan kepelbagaian emosi yang akan dapat dinikmati penonton dengan pilihan program terbaru dan terbaik.
Tidak hanya menghidangkan seleksi drama, telefilem, program realiti dan hiburan terbaik dalam negara, TV9 turut menyediakan pelbagai drama dan filem terbaik Korea menerusi slot Saranghae dan Chamsarang dan juga filem antarabangsa menerusi slot Movie Night.
TV9 menjanjikan kepelbagaian ini pasti menimbulkan tawa, tangisan dan keriuhan di hati penonton, namun masih mengekalkan program bercorak keagamaan dengan penambahan program Raudhah khas untuk wanita seperti SIS, Hijab Stailista dan juga Safiyya yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton, juga siri kartun kegemaran ramai seperti Upin & Ipin.
Skrin Di 9, Menantu Mak Uteh yang berjaya meraih lebih sejuta penonton, menunjukkan telefilem yang disiarkan di TV9 adalah berkualiti.
Bermula bulan depan, beberapa telefilem dengan jalan cerita menarik disiarkan dan pasti memikat hati penonton seperti Selipar Jepun Sepatu Kulit pada 6 Mac, diikuti Menggenggam Janji (13 Mac), Kopi & Dia (20 Mac) dan telefilem Utih pada 27 Mac.
Jangan ketinggalan, buat penggemar slot Ratu, nantikan Kerana Lelaki Itu menggantikan drama Dalam Setiap Sujud. Drama yang penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini dibintangi Zarina Zainoordin, Rizz Amin, Fikhree Bakar, Siti Elizad, Ana Dahlia, Tunku Anis dan Noryanti Taib bermula 26 Februari ini.
Bagi slot Aurora pula, nantikan drama Bunga Merah Punya pada 21 Februari ini, jam 8.30 malam lakonan Izzue Islam, Sharifah Sakinah, Syazwan Zulkifli dan Nasir Bilal Khan.
Ceritanya mengenai Bunga yang diamanatkan oleh Tok Baen, penjaga mereka sejak kecil lagi untuk mencari Merah yang melarikan diri ketika usianya 10 tahun.
Drama bersiri yang dinanti-nantikan tahun ini, Cinta Jangan Pergi (CJP), bakal menemui anda semua setiap Sabtu dan Ahad, bermula 6 April. Satu saat mampu mengubah kehidupan, namun hanya cinta dapat merubah perasaan.
CJP yang dilakonkan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa, Josiah Hogan dan Bil Azali mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati, namun siapa sangka takdir merubah segala-galanya apabila Khalil hilang selepas terbabit kemalangan dan membuatkan Lea buntu sama ada mahu menunggu Khalil atau meneruskan hidupnya bersama Hudd.
Ikuti kami di Twitter @tv9malaysia untuk memenangi tiket ke tayangan eksklusif drama Cinta Jangan Pergi bersama Remy, Tiz, Nadiya, Josiah dan ramai lagi pada 6 Mac ini.
Anda hanya perlu ungkapkan kata cinta romantis menggunakan hashtag #cintajanganpergi. Peraduan bermula hari ini sehingga 28 Februari ini.
Sempena 2013, TV9 menjanjikan program terbaik buat penonton setianya dan paling utama, pembaharuan stesen Nombor 2 Negara pasti akan terus memikat hati penonton setianya.
TV9 kini menyediakan segala yang anda mahukan! Layari www.tv9.com.my untuk mengetahui program terkini di TV9.
0 ulasan:
Catat Ulasan