Datuk Yusof Haslam dan Syamsul sudah berbaik semula selepas hubungan dua beranak itu dikatakan renggang sebelum ini.

Permohonan maaf diajukan Syamsul menerusi akhbar, Ahad lalu ternyata menggembirakan Fatimah dan kegembiraan itu semakin bertambah apabila suaminya menerima kenyataan maaf daripada anaknya itu.

Fatimah berkata, dia bersyukur apabila hubungan dua beranak itu kembali pulih biarpun sebelum ini kedua-dua mereka sering berbalah dan berselisih faham terutama dalam hal kerja.

"Saya tahu mereka tidak pernah berdendam," katanya memaklumkan Syamsul sering memberitahu sangat sayangkan bapanya.

Datuk Yusof Haslam - Syamsul Yusof


Akhbar ini sebelum ini melaporkan hubungan Yusof dan Syamsul dikatakan renggang apabila pelakon muda itu difahamkan melengah-lengahkan proses suntingan filem KL Gangster 2 sehingga menyebabkan bapanya 'berang'.

Namun, menyedari kesalahannya itu, Syamsul membuat permohonan maaf kepada bapanya sebelum memaklumkan perkara itu kepada media.

"Saya ingin menegaskan bahawa suami (Yusof) tidak pernah marah Syamsul, tetapi hanya menegur tingkah lakunya. Namun, kerana sering ditanya mengenai hal kerja, itulah punca Syamsul sering mengelak dan merajuk," katanya.

Kata Fatimah, suaminya selalu menerangkan selain bapa, dia berfungsi sebagai majikan dan disebabkan itu anaknya tidak mahu berjumpa atau menjawab sebarang panggilan Yusof.

"Setahu saya, Syamsul tidak pernah melawan atau bersikap kurang ajar, cuma dia akan mendiamkan diri, merajuk dan mengelak daripada bapanya sekiranya dimarahi," katanya memaklumkan perbalahan proses suntingan filem itu menyebabkan Syamsul tidak berjumpa bapanya selama dua bulan.

Menurut Fatimah, sekiranya dua beranak itu berbalah, dia 'pening kepala' dan tidak tahu untuk menyebelahi mana-mana pihak.

"Sekiranya saya menyebelahi Syamsul, suami akan katakan saya ini sayang sangat anak. Kalau saya menyebelahi suami, Syamsul akan mengejek bapanya saja yang betul," katanya menyifatkan 'pergaduhan manja' dua beranak itu sangat kelakar. ~ HM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top