"Saya masih bersama dia. Saya tidak pernah lagi keluar dengan lelaki lain selain daripadanya," kata pelakon jelita, Izara Aishah, 20, menangkis dakwaan mengatakan dia sudah beralih cinta kepada lelaki lain.
Pelakon drama Vanilla Coklat itu ketika ditemui mengakui masih bersama dengan teman lelakinya yang dikenali sejak tingkatan dua itu, sekali gus menolak dakwaan dia sudah mempunyai lelaki lain.
Izara sebelum ini pernah berterus-terang yang dia sudah berpunya, namun enggan mendedahkan siapa kekasih hatinya.
Baginya tiada sebab untuk memperkenalkan teman lelakinya kepada umum kerana dia bukan dalam kalangan artis.
Izara Aishah |
"Dakwaan mengatakan saya sudah ada kekasih baru itu memang tidak benar sama sekali. Kelakar juga kerana saya belum pernah lagi keluar dengan lelaki lain setakat ini," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran pameran koleksi barang kemas Habib Jewel, di sini, semalam.
Izara berkata, buat masa ini dia masih enggan mendedahkan siapa kekasihnya itu dan mengakui bahagia di samping lelaki itu.
"Saya mengenalinya sejak di bangku sekolah lagi dan usianya sebaya saya. Yang pasti, dia bukan artis dan sudah bekerja. Setakat ini, tiada langsung masalah dalam percintaan kami dan saya sangat senang mendampinginya.
"Dia seorang yang sangat memahami, bertanggungjawab, cukup didikan agama tapi dalam masa sama berfikiran terbuka dan paling penting dia sentiasa menyokong saya," katanya.
~ HM
0 ulasan:
Catat Ulasan