Sinopsis Jangan Ganggu Aku

Jangan Ganggu Aku mengisahkan Romi dan Rosma yang selalu meluahkan perasaan tak puas hati mereka terhadap sikap Razif yang terlalu tegas dan mengongkong walaupun mereka sudah boleh berdikari. Romi pernah menyuarakan hasrat untuk tinggal di luar, tetapi dihalang oleh Razif atas alasan pesanan terakhir ayah mereka yang mahukan mereka tinggal sebumbung walaupun selepas berkahwin.

Romi tak tahan diperlakukan seperti budak kecil dan semuanya dikawal oleh Razif yang berlagak seperti seorang ayah. Setiap kali Romi dan Rosma menyatakan hasrat mereka untuk berdikari, Razif bertegas melarang. Pertengkaran mereka akan berakhir di situ dengan Razif bertegas jika mereka menganggapnya abang, tinggal saja di rumah itu dan kemudian Razif akan mengurungkan diri berhari-hari di dalam bilik keramatnya, tak mahu diganggu.

Sebenarnya dalam diam, Razif baru sedar setiap lukisan yang dilukisnya ketika dia marah atau tertekan selepas bergaduh dengan adiknya membuahkan hasil yang lebih menakjubkan. Malah, lukisan itu dapat dijual dengan harga tinggi. Jika sebelum ini, lukisan Razif banyak diinspirasikan oleh kehidupannya membesarkan Romi dan Rosma, tetapi kini, pertengkaran mereka pula melontarkan makin banyak ilham.

Dek kerana itulah ada kalanya Razif sengaja menyemarakkan api kemarahan Rosma dan Romi supaya mereka bertengkar dan bergaduh.

Oleh kerana itu juga Razif tak mahu sumber ilhamnya iaitu Romi dan Rosma keluar dari rumahnya. Razif juga sebenarnya terlalu sayangkan Romi dan Rosma yang bagaikan anaknya, namun dia tak pandai untuk menunjukkan kasih sayangnya.

Untuk mengetahui kesudahan cerita ini jangan lupa untuk meluangkan masa anda menonton Jangan Ganggu Aku. Adakah Razif berterusan menggunakan adiknya demi kepentingan dirinya?

Telefilem Jangan Ganggu Aku mengisi slot Cerekarama di TV3, pada Sabtu 23 Februari 2013, jam 10 malam. Drama terbitan A Aida Production dan diarahkan oleh Hitlter Zami itu membariskan pelakon hebat seperti Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Miera Liyana dan Munif Isa

Promo cerekarama Jangan Ganggu Aku, TV3

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top