Anugerah Tribute P.Ramlee

Anugerah Tribute to P.Ramlee mengumumkan sembilan kategori pencalonan yang akan dipertandingkan di anugerah yang julung kali diadakan itu.

Selain mempertandingkan 10 telefilem yang sudah ditayangkan sejak 4 November lalu di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM), anugerah ini juga turut mempertandingkan kategori Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik, Videografi Terbaik dan Anugerah Penampilan Istimewa Terbaik.

Amy Mastura , Faezah Elai, Normah Damanhuri, Watie Sadali dan Wan Norazlin bakal bersaing untuk merebut gelaran Pelakon Wanita Terbaik.

Sementara itu, kategori Pelakon Lelaki Terbaik memperlihatkan saingan antara Arja Lee, Amar Asyraf, Beto Kusairy dan Fizo Omar.

Manakala kategori Pengarah Terbaik mencalonkan, Michael Ang menerusi telefilem Getaran Jiwa, Aziz M.Osman (Siapa Tipu Siapa), Rashid Sibir (Titisan Kasih) dan Along Kamaluddin (Tunggu Sekejap).

Anugerah anjuran RTM dan Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. ini turut memberi peluang buat para penonton setia saluran RTM membuat undian melalui borang pencalonan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar Kumpulan Utusan dan Majalah URTV.

Melalui penyertaan paling tepat dan terbanyak juga, para penonton turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 3,000.

Malam Anugerah P. Ramlee yang bakal diadakan pada bulan Mei ini merupakan sebuah majlis berprestij yang diadakan untuk menghargai perjuangan seniman agung P. Ramlee. - UTUSAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top