Astro Talent Management (ATM) menafikan dakwaan mengabaikan semua bakat seni yang pernah dilahirkan melalui program realiti terbitannya.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh, berkata pihaknya terbuka dalam menyelesaikan isu membabitkan artis naungannya.

Sehubungan itu, Khairul Anuar menafikan tuduhan pihak luar termasuk dalam isu bekas juara program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke8, Shahir yang didakwa peminat diabaikan Astro.

"Dia (Shahir) adalah juara yang kita lahirkan. Sudah tentu pihak Astro akan memberi keutamaan kepada semua bakat kami bagi membantu mengembangkan karier mereka, itu adalah matlamat kami.

"Sebenarnya , soal tidak memberikan dia (Shahir) peluang bukanlah isunya. Sebelum ini, dia menghadapi beberapa masalah termasuk kesihatan dan kami memberi masa untuk dia berehat.

Jaga kepentingan dua pihak

"Pada masa sama, kam i terpaksa menjaga kepentingan dua pihak iaitu pelanggan termasuk media dan artis itu sendiri sekiranya dia sudah bersedia.

"Namun, diakui kadangkala kami berdepan masalah untuk menghubungi Shahir bagi mengetahui di mana dia berada," katanya yang dihubungi HIP bagi menjawab artikel `Shahir kena sabotaj?' yang disiarkan sisipan Bintang Popular (BiPop), Ahad lalu.

Isu membabitkan pihak pengurusan Astro dengan Shahir timbul garagara emel yang dikirim peminat penyanyi itu. Peminat terbabit meluahkan rasa kesal apabila artis kesayangannya itu seolaholah diketepikan Astro.

Kerjaya Shahir atau nama sebenarnya, Ahmad Shahir Zawawi bagai malap selepas menjuarai AF musim ke8 pada 2010. Selain itu, Shahir dilaporkan sering terpalit dengan pelbagai masalah seperti disiplin, kontroversi hubungan cinta dan kesihatan hingga dia dikatakan membuat keputusan mendiamkan diri.

Namun, sebaik lagu, Aku Yang Berdosa ciptaan Sham Kamikaze mendapat tempat di hati peminat hingga menjadi lagu tema drama popular, nama Shahir kembali bersinar.

Tetapi, di sebalik kejayaan lagu itu, penyanyi kelahiran Ipoh, Perak itu tidak lagi muncul dalam manamana majlis atau program terbitan Astro hingga menimbulkan spekulasi di kalangan peminat.

Khairul berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan tidak berasas pihak luar yang tidak tahu masalah sebenar yang berlaku antara ATM dan Shahir yang pernah dikaitkan dengan pelakon, Rozita Che Wan.

Perlu komitmen sepenuhnya

"Pihak luar mungkin tidak tahu cerita sebenar. Memang Astro merancang projek pembikinan album Shahir tetapi bukanlah hanya satu single. Kami mungkin mengubah genre muziknya mengikut cita rasa sekarang.

"Namun, kami harus mendapat kepastian daripada Shahir sama ada dia sudah bersedia untuk menumpukan perhatian kepada karjayanyaa atau tidak. Pada masa sama, Shahir harus memberi komitmen kepada kerjayanya sekarang," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top