Selepas mendiamkan diri dan membiarkan pelakon, Zul Ariffin seorang diri bersuara mengenai hubungan cintanya, akhirnya Gayatri Su-Lin Pillai mengesahkan mereka memang bercinta.

Penerbit Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) itu berkata, walaupun ada pihak memandang sinis hubungannya dengan bekas kekasih pelakon Abby Abadi itu dan menebarkan pelbagai spekulasi nakal, dia tidak pernah menganggap perkara itu halangan yang boleh menggugat hubungan mereka.


Gayatri berkata, sifat peribadi jejaka berusia 26 tahun itu yang baik hati dan menghormati keluarganya membuatkan hatinya tersentuh.

“Bukan niat saya mengelak atau tidak mahu memberi kerjasama kepada media, tapi waktu itu saya berdepan masalah peribadi. Selama 16 tahun dalam industri, semua orang tahu saya tidak pernah ada kontroversi, jadi kenapa saya perlu lari?

“Saya mengaku Zul kekasih saya... kami mula rapat selepas dia berlakon filem Penanggal syarikat saya,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top