Kejayaan Aizat membawakan lagu, Terukir Di Bintang di pentas AJL 27 menjadi perangsang untuk Aizat menambat hati Yuna. Segala perancangan termasuk material sudahpun siap, Aizat hanya menanti kepulangan Yuna ke Malaysia untuk masuk studio bersama.
Biarpun segala-galanya masih samar, Aizat menganggap kesibukan Yuna di AS memberikan dia lebih ruang untuk menumpukan perhatian kepada projek menghasilkan album ketiganya.
"Susah hendak kerjasama dengan Yuna sebab dia sangat sibuk. Tetapi saya sudah beritahu dia mengenai hasrat saya itu. Dia bersetuju cuma belum ada masa yang sesuai.
"Material sudah ada. Lagu ciptaan saya, abang (Anas) dan yang dihasilkan Yuna sendiri. Jadi, saya cuma tunggu dia pulang ke Malaysia dan kita akan rakamkan lagu," katanya.
Terbit album Go Gerila, Amir Jahari serentak
Bukan hanya memfokuskan kepada pembikinan albumnya, malah Aizat juga sedang menyiapkan material untuk projek bandnya, Go Gerila.
Aizat juga bertanggungjawab menghasilkan album penyanyi di bawah label Kasi Gegar Entertainment, Amir Jahari.
Selepas tiga tahun album kedua, Urusan Aizat Amdan diterbitkan, Aizat yang ditemui di majlis pra pelancaran Karnival Wow Putrajaya 2013, minggu lalu, makin sibuk dengan projek pembikinan album ketiga yang mengandungi 12 lagu termasuk enam lagu Inggeris.
Album yang dijangka dipasarkan Mei depan menonjolkan kematangan dirinya. Album itu juga menjadi produk pertama yang dihasilkan di studio miliknya.
Bukan hanya kelainan dari segi muzik, album berkenaan juga menampilkan karya hasil kerjasama dengan beberapa penyanyi terkenal tanah air termasuk antarabangsa - namun nama mereka masih dirahsiakan sebagai kejutan.
Menurut Aizat, semua album termasuk produk terbaru Go Gerila dan Amir Jahari akan dilancarkan serentak.
"Saya rasa inilah masanya untuk saya muncul dengan album baru selepas tiga tahun. Saya juga baru selesai mengikuti pengajian dalam bidang Logic Pro Course selama empat bulan di Garnish School Of Sound (SOS), Hackney, London," katanya.
Belum masa bercinta
Apabila disentuh soal cinta, calon Top 5 kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013) hanya mampu tersenyum. Aizat menganggap belum masanya untuk dia memberi tumpuan kepada soal cinta.
Perubahan imej yang kini tampil maskulin dengan potongan rambut pendek dan segak bukan kerana hatinya sudah dimiliki, tetapi penyanyi berusia 24 tahun ini menganggap perubahan imejnya itu dibuat spontan.
"Hati saya belum milik sesiapa dan masih lagi mencari. Bukan kerana sudah ada kekasih hati menyebabkan imej saya berubah, sebaliknya ia secara spontan. Saya mula simpan misai ketika berada di London.
"Saya bukan menolak atau tidak ada keinginan untuk bercinta, tetapi biarlah saya memfokuskan dulu pada kerjaya. Ini kerana masih banyak lagi perkara yang ingin saya kecapi," katanya.
Profil Aizat Amdan
* NAMA PENUH: Muhammad Aizat Amdan
* ASAL: Ampang, Kuala Lumpur
* TARIKH LAHIR: 21 Januari 1989
* PENYANYI IDOLA: Once
* ALBUM: Percubaan Pertama dan Urusan Aizat Amdan

0 ulasan:
Catat Ulasan