Sinopsis filem A Good Day to Die Hard
A Good Day to Die Hard mengisahkan John McClane lakonan aktor hebat, Bruce Willis, seorang anggota polis New York. Cuma kali ini, kesinambungan daripada semua versi terdahulu, McClane berdepan krisis yang lebih mendebarkan.
Mana tidaknya, naskhah hasil arahan John Moore kali ini menemukan detektif `berani mati' ini dengan anaknya sendiri, John `Jack' McClane Jr lakonan Jai Courtney yang terkandas di penjara Moscow, Russia.
Walaupun hubungan McClane dengan anaknya dingin kerana perceraian dan kesibukan kerja, menariknya, filem ini mengangkat sentimen kasih sayang seorang ayah yang bersungguh-sungguh menyelamatkan anaknya.
McClane tidak mengetahui akan kerjaya anaknya, Jack seorang perisik CIA dan semuanya terbongkar apabila mereka berdua terkandas dengan krisis pengganas yang cuba membunuh Jack.
Plot ceritanya ringkas, Jack ditugaskan melindungi Yuri Komarov lakonan Sebastian Koch, seorang banduan politik yang dipercayai memiliki fail rahsia.
Sekumpulan pengganas juga memburu Yuri bagi merampas fail itu dan menyebabkan McClane terpaksa membantu anaknya, Jack dalam memastikan misinya untuk menyelamatkan Komarov berjaya.
Hubungan mereka makin rapat dan serasi apabila bekerjasama dalam misi menyelamatkan Komarov.
Garapan komedi yang disuntik dengan kemas dalam hampir semua babaknya membawa A Good Day to Die Hard sebuah karya berbeza berbanding yang lain.

0 ulasan:
Catat Ulasan