Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah bagaimanapun enggan mendedahkan siapa dan berapa ramai anggota keluarga Ahmad Sarbani yang diambil keterangan.
"Polis akan mengambil lagi keterangan dari individu berkaitan jika siasatan yang dilakukan memerlukan lagi maklumat,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog Sempena Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah di Pusat Beli-Belah Wangsa Walk anjuran MSL Properties di sini, hari ini.
Ketika diminta mengulas tentang rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperolehi polis dari tempat kejadian itu, Zulkifli berkata polis masih menganalisisnya. – Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan