Pihak berkuasa penerbangan menyiasat kenapa pesawat rasmi membawa Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, terbang terlalu hampir dengan pesawat tentera dan terpaksa membatalkan pendaratan berhampiran Washington.

Menurut Pentadbiran Penerbangaan Persekutuan (FAA), pesawat yang membawa Michelle diarah "berlegar" di ruang udara Pangkalan Tentera Udara Andrews.
Media AS melaporkan ia disebabkan kesilapan pengawal trafik udara.
Pesawat beliau didapati terlalu hampir dengan jet kargo tentera seberat 200 tan dan terpaksa membatalkan pendaratan di pangakalan udara itu.

“FAA sedang menyiasat insiden itu," menurut agensi itu dalam satu kenyataan. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top