Di dalam buku memoir tulisannya yang akan berada di pasaran dalam tempoh terdekat berjudul A Helluva High Note, Kara, 40, juga menceritakan bagaimana seorang penyanyi yang sangat berjaya, mengajaknya untuk mengikuti rombongan untuk menghasilkan lagu, tetapi sebaliknya mereka hanya menghabiskan masa menonton filem lucah Russia dan menyaksikan tarian bogel.
“Walaupun amat kecewa, saya terus bekerja dengan penyanyi itu kerana mahu membuktikan bahawa perbuatannya tidak akan menjejaskan semangat saya,” kata selebriti kacukan Albania Itali ini.
Kara berkata dia mula dicabul anak lelaki kepada rakan keluarga mereka dan perkara itu berlaku berulang kali.
Dia juga pernah diperkosa ketika bertungkus-lumus mencipta nama dan kejadian berlaku sewaktu menghadiri majlis keramaian di rumah seorang kawan.
“Saya tidak memberitahu perkara ini kepada sesiapa kerana bimbang ia akan menjejaskan kehidupan dan kerjaya saya,” katanya.
Kara berkata, dia meninggalkan American Idol kerana ingin hamil dan memulakan keluarga, walaupun terpaksa melakukannya dengan berat hati. – Agensi
0 ulasan:
Catat Ulasan