Strategi pemasaran Astro kali ni memang ala-ala Nazi. Saje suruh orang langgan pakej Mustika untuk tengok Maharaja Lawak . Hampeh tol. So, takpe aku layankan. Nak tengok Maharaja Lawak punya pasal, aku pun carik kedai yang ade langgan pakej Mustika ni. Nasib baik tak jauh pun. Dapat jugak pekena lempeng kat kedai tu. Terbaik! Hohoho. So here my choice of Hero and Zero of ML week 3.
Hero Maharaja Lawak Minggu Ketiga – Nabil dan Sepah


Dah lama tak tengok Nabil kat Tv. Yelah, lepas kontroversi gambar comolot tu kat MELODI, aku dah jarang nampak Nabil keluar kat Tv. Kalau ada pun maybe kat ASTRO WARNA yang aku tak langgan. Hampeh. So, malam tadi aku memang ketawa tak ingat dunia akibat lawak Nabil. Serius. Terbaik. Kreatif. Superb. Dan aku rasa Nabil sememangnya berbakat sebagai pelawak berdiri (stand up comedian). Bagi sesiapa yang pernah tengok filem Nabil "Lu Pikirlah Sendiri" dan "Sifu dan Tongga" aku rasa memang rasa menjengkelkan kedua-dua cerita tu. Sebabnya? Mudah! Lawak Nabil cuma sesuai di atas pentas. Sebab dia seorang pelawak dan bukan seorang pelakon yang baik. Sebab Nabil ni berasal dari Negeri Sembilan, samo tompek ngan den, memang den suko donga loghat eh. Kono ngan jiwo den ni ha. Kok kalau omak den ngan wan den nengok si Nabil ni buek lawak, kompem diorang suko. Hahaha. Itu salah satu sebab aku pilih Nabil sebagai Hero Maharaja Lawak Minggu Ketiga ni. Dio sorang yo, takdo geng!

Lagi satu, kumpulan Sepah pun terbaik! Layan!




Zero Maharaja Lawak Minggu Ketiga – Perlu jawab ke? Pastinya Amir

Terkejut jugak kenapa mamat ni masih lagi tak kena sepak keluar dari Maharaja Lawak. Mungkin sebab Astro nak gunakan dia sebagai alat pancing undi di sebelah Pantai Timur sana. Biasalah. Astro. Nak kaya. So inilah sedikit komen aku mengenai persembahan Amir semalam.


sekian.

Nak tengok? Nah. Tengoklah


# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top